Featured By: Salma Syahbuddin January 12, 2022 @ 12:10pm

PKP Besar-Besaran Tidak Akan Dilaksanakan, Namun…

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula walaupun masih lagi berdepan situasi penularan Covid-19 termasuk varian Omicron.

Bagaimanapun Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk daripada lebih banyak negara.

Tegasnya, langkah tersebut akan dibuat sekiranya negara didapati berisiko dan mencatatkan peningkatan kes yang tinggi.

“Ia dibuat dengan mengambil kira pembentangan dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan sebanyak 245 kes Omicron disahkan di Malaysia. 

“Lebih-lebih lagi sebahagian besar kes jangkitan daripada varian itu masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

““Namun apa yang penting pendekatan melaksanakan PKP secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula. Ini ke arah usaha kita bersiap sedia untuk masuk ke fasa transisi endemik yang sepatutnya diumumkan awal tahun ini,” katanya.

Tambahnya lagi, buat masa ini varian Omicron dilihat tidak memberi kesan begitu serius kepada kesihatan individu tetapi menular dengan dahsyat. Dan, masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai penemuan varian baharu, Deltacron.

 

 

Sumber : Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 May 2021

Nak Duit Raya? Jom Menabung…. PTPTN Tawarkan Duit Raya RM200,000 Buat 500 Pemenang!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021. Kempen ini layak untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi. Pengerusi PTPTN

Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Wow! Dah Macam Artis Hollywood, Penampilan Terbaru Nina Iskandar Undang Tanda Tanya

Kalau macam artis Hollywood pun apa salahnya, Nina tetap cantik!

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

‘Kami ‘Okay’ Je…’- Fitri Haris

Hubungan kami berdasarkan profesional, itu saja…

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Featured Fri, 23 Dec 2022
Trending Sun, 25 Apr 2021

Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

Makin ramai sekolah ditutup sekarang ni…

Trending Thu, 20 Aug 2020

| Live TV