Trending By: Attiqah Mohd April 25, 2020 @ 11:31am

PKP: Orang Ramai Yang Terkandas Boleh Melakukan Perjalanan Antara Negeri Bermula 1 Hingga 3 Mei- PDRM

Wah, nampaknya berita baik untuk orang ramai yang ingin melakukan pergerakan pulang antara negeri!

Hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan memberi tempoh tiga hari buat orang ramai untuk melakukan pergerakan antara negeri (inter-state) untuk tujuan yang dibenarkan semasa PKP iaitu antara 1-3 Mei depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata mereka yang layak boleh melakukan permohonan untuk bermula 26 April melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Mohon melalui aplikasi Gerak Malaysia

Bagi yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia, mereka perlu membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran perjalanan di balai polis berdekatan, namun keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

Kredit foto: Google

Selain itu, orang ramai perlu mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan dan pada 1 Mei. Mereka boleh membuat semakan status permohonan di aplikasi berkenaan.

Tiada R&R, surau, tempat makan

Dalam tempoh tersebut, pengguna jalan raya perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Sebarang kemudahan seperti R&R, surau, tempat makan dan sebagainya tidak akan dibuka. Hanya fasiliti tandas awam yang akan beroperasi. Malah, stesen minyak akan beroperasi antara 6 pagi hingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya.

Kredit foto: Google

“Satu kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan pada hari ini dan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan teratur,” katanya.

Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, rakyat yang terkandas di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis.

Di samping itu, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan. Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk dituju, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya.

Semoga mereka yang ingin pulang dapat tiba ke destinasi dengan selamat. Pandu dengan cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Featured Sun, 18 Sep 2022

Percutian Fizo Omar Disindir Peminat, Netizen Dakwa Mesti Guna Duit ‘OctaFX’

Percutian pelakon Fizo Omar dan isteri baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Ada antara netizen yang mendakwa duit yang digunakan pelakon itu adalah hasil daripada pelaburan OctaFX.   View this post on Instagram

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

‘Bapak Kau Tak Marah Ke’, Amar Baharin Bengang Dengan Siapa Tu?

Ish, siapa pula yang buat Amar bengang ni?

Trending Thu, 17 Jun 2021

DJ Cza Bergabung Dengan TujuLoca & MK Dalam Veto

Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu menyelamat. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Di kala dunia dilanda pandemik,

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Ziela Jalil Kahwin Eizlan Yusof?

Kalau betul apa salahnya…

Featured Fri, 25 Nov 2022

“I Win Tonight!” – Bertemu Bintang Popular Thailand, Daiyan Trisha Undang Rasa Cemburu Peminat

Sudah pasti ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sering kali berjumpa dan berkongsi foto bersama pelakon-pelakon antarabangsa. Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Daiyan di laman TikTok sehingga sekali lagi berjaya

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Siti Sarah Terkilan Sebab…?

Peringatan buat kita semua…

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Hiburan Mon, 14 May 2018

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan. Tahniah!

| Live TV

error: Content is protected !!