Trending By: Attiqah Mohd April 17, 2020 @ 12:37pm

‘Raja Berjiwa Rakyat’-Yang Dipertuan Agong Ikhlas Salur Sumbangan Peribadi

Berikutan penularan pandemik COVID-19, Yang di-Pertian Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah semalam berkenan memberikan sumbangan peribadi untuk mengisi Tabung Khas COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Instagram Istana Negara, sumbangan itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

View this post on Instagram

16 April 2020 – Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato' Ahmad Fadil Shamsuddin, hari ini menyerahkan sumbangan peribadi Seri Paduka Baginda kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk Tabung Khas Covid-19. Terdahulu pada 31 Mac 2020, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan supaya Kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda berdua selama enam bulan, mulai Mac hingga Ogos. Semoga sumbangan dan inisiatif Seri Paduka Baginda Berdua membantu usaha-usaha Kerajaan menangani dan membanteras penularan Covid-19 di negara ini. Marilah bersama Seri Paduka Baginda Berdua berdoa semoga rakyat dan negara dilindungi dan rahmati serta pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri dengan segera. . Following a decree from His Majesty Seri Paduka Baginda the Yang di-Pertuan Agong,  Comptroller of the Royal Household of Istana Negara, Dato' Ahmad Fadil Shamsuddin, handed a personal contribution from His Majesty to YAB Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, to the Covid-19 Fund. On March 31st, His Majesty Seri Paduka Baginda the Yang di-Pertuan Agong and  Her Majesty Seri Paduka Baginda the Raja Permaisuri Agong, decided to forgo Their Majesties'  Royal Emoluments for a period of six months, from March onwards. It is hoped that these contributions and initiatives by Their Majesties will help the government's efforts in addressing and combating the spread of the Covid-19 pandemic in the country. Let us join Their Majesties in praying for the well being and protection of the Malaysian people and for this dreaded pandemic to be curbed as soon as possible. #agongkita #permaisurikita #ourking #ourqueen #donate #covid19 #royal #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Menerusi laman Instagram, Istana Negara berharap sumbangan ini dapat membantu usaha-usaha kerajaan membanteras penularan COVID-19.

Terdahulu, Pada 31 Mac lalu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda berdua selama enam bulan, mulai Mac hingga Ogos, bagu membantu meringankan beban kerajaan dan menangani pandemik.

Semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati serta pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri dengan segera.

Baca artikel berkaitan: Demi Bantu COVID-19, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Sanggup Tolak Elaun Diraja , Agong Dan Pemaisuri Bebas COVID-19, Kini Selesai Jalani Kuarantin

Sumber: Istana Negara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Apr 2020
Featured Mon, 5 Sep 2022

Kongsi Petikan Mengenai Curang, Netizen Dakwa Mizz Nina Beri ‘Hint’ Punca Cerai?

Fuhhh.. Deep betul petikan Mizz Nina kongsi pasal curang ni 🤯🥲 Apapun, semoga baik baik saja semuanya 🤲🏻

Trending Tue, 11 Dec 2018

Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula

Keluarga Terkejut, Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula Saat Mahu Dikebumikan

Events Wed, 5 Feb 2020

[VIRAL] Lari Dan Hilangkan Diri, Sajat Tutup Muka Dengan Tudung Sebab Nak Elak Jemaah Malaysia

Mana yang perlu tegur, tegur lah dengan cara paling berhemah

Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Trending Wed, 18 Apr 2018

Satu Maut, Enjin pesawat Southwest Airlines Meletup

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah.

error: Content is protected !!