Trending By: Maya Basir May 8, 2022 @ 3:14pm

Rakaman ‘Dashcam’ Janna Nick Bantu Jejak Suspek

Kejadian cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan di Damansara Perdana dan video rakaman ‘dashcam’ itu dimuat naik pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick membantu pihak berkuasa mengesan suspek.

Secara kebetulan, Janna melalui lokasi kejadian selepas pulang dari gimnasium, memuat naik rakaman menerusi akaun TikTok dan Instagram miliknya yang kini sudah mendapat hampir 800,000 tontonan.

Menurut Khairul Rizuan, 34, dia berterima kasih kepada Janna kerana merakam detik kejadian berkenaan.

“Video berkenaan sangat membantu pihak berkuasa mengesan suspek.

“Saya pula hanya mengalami kecederaan kecil, keadaan saya semakin okey.

“Terima kasih Janna membantu. Saya memang berhasrat bertemu Janna untuk mengucapkan terima kasih kepadanya,” katanya.

Terdahulu, Janna tidak mengetahui bahawa mangsa terbabit dalam kejadian itu merupakan penyampai berita TV3.

“To abang baju Melayu, i don’t have your contact number. Taktau macam mana nak pass this video. Luckily my dashcam ada record,” tulisnya di kapsyen video rakaman itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Ketika kejadian, Khairul Rizuan meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka.

“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.

“Ketika itu, saya melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan kereta saya,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu dilihat mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam Kereta.

“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki berkenaan menyebabkannya membaling beg, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada dalam kereta.

“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara.

Suspek seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia 31 dan 24 tahun yang dipercayai dua adik-beradik ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 20 Jun 2019
TECH Mon, 25 Mar 2019

Hundreds of Fans Line Up For the Grand Opening of Harman Studio Malaysia

There was super special Grand Opening sale and everyone wanted to grab those items at a lower price.

#SkoolXTRA Tue, 16 May 2023
Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!