Featured By: Aqilah Paharuzi March 15, 2022 @ 1:15pm

Rakyat Malaysia Berang Nasi Lemak Hanya Dapat 3.9 Bintang, Jauh Ketinggalan Daripada Makanan Asia Tenggara Lain!

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai senarai makanan terbaik antara Asia Tenggara sehingga telah mencetuskan perbalahan antara rakyat Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Senarai makanan terbaik Asia Tenggara itu telah disediakan oleh laman web penilaian makanan sedunia iaitu ‘TasteAtlas’ yang diterajui oleh wartawan Croatia, Matija Babic.

Berdasarkan senarai tersebut, Nasi Lemak adalah satu-satunya makanan yang mewakili Malaysia dan dilabel ‘OK’ serta mendapat skor sebanyak 3.9 bintang.

Malah, perbalahan makanan Nasi Lemak itu mendapat perhatian orang ramai sehingga trending di ruangan Twitter!

Dalam senarai tersebut, markah untuk skor dan makanan terbaik di bahagikan kepada empat kategori iaitu:

Terbaik – 4.5 bintang keatas
Bagus – 4 bintang keatas
OK – 3.5 bintang ke atas
Teruk – bawah 3.5 bintang

Menerusi senarai tersebut, makanan ‘Terbaik’ termasuklah Lumpiang Shanghai (Philippines), Tortang Talong (Philippines) dan Bubur Ayam (Indonesia).

Manakala, makanan dibawah kategori ‘Bagus’ ialah Pho (Vietnam), Pad Thai (Thailand) dan Satay (Indonesia).

Justeru itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan label dan markah yang diberikan kepada makanan tradisi Malaysia itu.

Hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook TasteAtlas itu telah mendapat lebih 1,100 ribu kongsian, 635 komen dan 1,100 tanda suka.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut dan media sosial Twitter, ramai rakyat Malaysia yang berbalas pendapat masing-masing mengenai pendebatan makanan terbaik Asia Tenggara.

Bukan itu saja, hantaran yang tular ini juga mendapat perhatian Facebook Rasmi Upin dan Ipin yang turut mempertahankan Nasi Lemak.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan mereka yang berpendapat makanan tidak seharusnya dibandingkan kerana setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza-beza.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

JINNYBOYTV’S VIDEO GETS HEAVILY CRITICISED BY NON-MALAYSIANS

JinnyBoyTV’s latest video went viral when 9GAG shared it onto their Facebook page. Unfortunately, non-Malaysians are slamming the video pretty badly.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Sherry Ibrahim Naik Hantu Dengan FattZura?

Isu kontroversi terbaru mengaitkan Sherry dan perkahwinan FattZura nyata mengundag padah apabila Sherry sendiri sudah tidak tahan dengan spekulasi yang cuba dikaitkan terhadap dirinya itu

Trending Sat, 20 Apr 2019

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Hanya kerana percaya habis duit hantaran lesap

Trending Tue, 7 Jan 2020
Trending Mon, 5 Nov 2018

Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

“Tarik Balik Gambar Diviralkan,” Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

Featured Wed, 12 Apr 2023
Trending Thu, 1 Mar 2018

神乎其技!日本15岁绘师用颜色笔画出「真」钻石

最近,一组超逼真的「宝石画」在日本推特上流传。画上的宝石不仅很有光泽,还立体度十足。大家纷纷猜测画画的是谁,真相公布后,所有人都大吃一惊,原来那名神秘绘师是一名年仅15岁的少年。

| Live TV

error: Content is protected !!