Sebanyak 10,000 baucar subsidi pelancongan ditawarkan buat semua rakyat Selangor menerusi platform e-dagang Shopee bermula 1 Oktober ini.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal negeri, Hee Loy Sian, baucar bernilai RM100 setiap satu itu boleh ditebus untuk kegunaan di hotel, inap desa dan taman tema berlesen di negeri ini.
“Baucar ini boleh digunakan serta-merta khas untuk rakyat Selangor bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Selangor,” katanya.
Inisiatif pemberian baucar pelancongan buat rakyat Selangor adalah untuk;
Selain itu pemberian baucar akan dilancarkan bermula Oktober dan boleh digunakan serta-merta.
Untuk makluman juga, baucar pelancongan ini hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee sahaja.
Sebelum ini menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu melalui Lazada dan Touch ‘n Go eWallet.
Sumber: Sinar, Klook, Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza