Events By: Syafiqa Irdina October 4, 2019 @ 3:15pm

Rasai Keseronokan Halloween Di Lost World Of Tambun Dengan Tema “Day Of The Dead” Pada Oktober Ini!

Buat pertama kalinya, Lost World Of Tambun akan mengadakan Day Of  The Dead bersempena musim Halloween tahun ini!

Berbeza dengan tema sebelum ini yang biasanya dihantui dengan kehadiran ‘zombie’, tema ‘Day of The Dead’ pada tahun ini berkonsepkan artistik yang menggambarkan kematian mengikut adat tradisi masyarakat Mexico yang cukup popular, termasuk yang dipaparkan dalam filem animasi kanak-kanak popular ‘Coco’.

Dikenali juga sebagai Die de Muertos di negara itu, hari tersebut dilakukan untuk memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia di mana festival ini menonjolkan kesenian tempatan khususnya hiasan dan warna-warni pada tengkorak.

Antara aktiviti menarik yang korang boleh rasai sepanjang hari Halloween di Tambun ini adalah korang berpeluang untuk melukis wajah yang berkonsepkan seni Day Of The Dead dengan cat yang bercahaya atau luminous paint.

Korang juga boleh melakukan aktiviti lain seperti menghasilkan patung Voodoo mengikut kreativiti sendiri, selain itu korang juga boleh mencuba aktiviti menilik nasib daripada pembaca kad Tarot serta berselfie bersama dengan karakter-karakter yang ada di Day Of The Dead. Bestnya!

Forest Of The Dead

Tarikan terbaru bagi tema Halloween Day Of  The Dead iaitu Forest of The Dead yang akan membawa korang menelusuri kehidupan dunia magika. Pengunjung dapat bergambar serta berkongsi momen dan pengalaman Dead Of The Day di sosial media. Forest Of The Dead akan dibuka sehingga hujung bulan Oktober ini.

Sertai Party Of The Dead

Raikan parti Of The Dead yang akan bermula pada 31 Oktober ini! Acara Parti Of The Dead ini merupakan acara kemuncak untuk Parti Halloween dan yang paling istimewa, sekiranya korang datang dengan berpakaian lengkap mengikut tema Halloween, korang akan diberikan promosi iaitu 50% potongan diskaun untuk tiket Night Park. 

Korang juga akan diberikan minuman percuma yang berupa “minuman darah” iaitu Blood Bag Drink dan aksesori menyeramkan seperti Devil Horn Headband !

Jangan lepaskan peluang ini!

Buat yang berminat, korang boleh kunjungi laman portal www.sunwaylostworldoftambun.com atau layari Facebook mereka di www.facebook.com/lostworldoftambun  .

Ditulis Oleh: Dina Azmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Mar 2023
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

‘Selesa Dengan Adam Tapi…’- Sweet Qismina

Peminat mula memberikan reaksi positif.

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

Wany Hasrita Selesa Keluar Zon Selesa

Saya tidak mahu lagi bakat diperkecilkan.

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

Featured Wed, 17 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Elon Musk Prank Peminat MU, Trend Makan Tiram Mentah Harga Murah & Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Peminat MU jangan kecewa ya kena scam dengan Elon Musk. Alamak, beraninya makan tiram mentah RM6 je! Eh, kenapa netizen tak setuju tu? Katanya air tangan Kabir Bhatia lagi mantap? Ini Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Tue, 1 Aug 2023

Sedihnya! Bell Ngasri Terkilan Trofi Utama ABPBH 35 Bengkok – “Hati Saya Remuk! Tak Tahu Pun Kena Letak Dalam Kotak”

Alahai, sedihnya sedangkan kereta calar sedih, apatah lagi trofi abpbh ni😱😱😱

Featured Thu, 29 Sep 2022