Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.

“Dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir.

“Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.

“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin melakukan pergerajan rentas negeri dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) asas.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan individu yang pulang ke kampung dinasihatkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga terdekat.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”