Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi.
Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sementara itu, pelancong domestik adalah dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan Intra-State (dalam negeri yang sama) bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 dan ke atas berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Kebenaran untuk melakukan aktiviti pelancongan adalah tertakluk kepada SOP yang telah diwartakan oleh pihak MKN,” memetik kenyataan tersebut.
Kenyataan itu merujuk kepada Sidang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 September lalu.
Sumber: BH