Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) menunjukkan trend peningkatan sejak lima hari lalu.
Peningkatan ini dilihat selepas kerajaan memberi kebenaran untuk orang ramai merentas negeri pada 11 Oktober lalu.
Menurut Dr Noor Hisham menerusi ciapannya di Twitter, nilai Rt pada jangkaan mengikut kes harian untuk seluruh negara ialah 0.91 pada Selasa.
Selain itu, data yang dikongsikan juga menunjukkan enam negeri dan wilayah mencatatkan nilai Rt melebihi purata kebangsaan semalam, dengan dua daripadanya melebihi 1.0.
Kadar positiviti kes COVID-19 pd ME 42/2021 (17-23 Okt 2021) adalah 4.92% di mana 842,850 ujian RTK-Ag & rt-PCR dijalankan dlm minggu tersebut. Data preliminari 27 Okt adalah 133,201 ujian dgn kadar positiviti 4.62% (ini afalah data awal & data akhir akan dimuatnaik ke COVIDNOW. pic.twitter.com/YNmcIscXVI
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 27, 2021
Dalam pada itu, portal COVIDNOW menunjukkan sebanyak 84 kematian direkodkan semalam, dengan 20 daripadanya kematian di luar hospital.