Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2021 @ 2:51pm

“Rosak Jiwa Saya! Saya Dah Buat Yang Terbaik” – Sakit Lebih 10 Tahun, Elyana Mohon Netizen Lebih Memahami Bukan Menghakimi

Umum sedia maklum, bahawa ini bukanlah kali pertama Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi mengenai keadaan terkini dan sakit yang dihidapinya.

Malah, penyanyi dan pelakon ini dilihat tampil meluahkan perasaannya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun instagram miliknya pada Khamis.

Menurutnya, pelbagai usaha telah diambil untuk kembali pulih dan sihat seperti sediakala namun, tetap redha di atas ketentuan-Nya.

“Saya sudah sakit lebih 10 tahun. Lebih 20 kali melakukan kemoterapi dan lebih 30 kali radioterapi. Apa yang saya tidak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tidak terfikir pun saya makan.

““Macam-macam saya rasa, telah juga untuk sihat. Tidak makan selama setahun pun pernah kerana tiada selera. Berubat semua ceruk orang beritahu, saya sudah pergi,” katanya.

 

“Jika anda ingin membantu,belajar lah memahami.. Bukan menghakimi”

Justeru itu, Elyana mohon agar semua peminat dan netizen diluar sana memahami serta memberi sokongan berterusan buat dirinya yang tengah ‘berperang’ dengan kanser limfoma sejak 10 tahun lalu.

“Jika kamu jadi saya, baru akan faham keadaan ini. Tiada gunanya jika saya menerangkan selagi kamu tidak merasainya sendiri.

“Beza jika kita ini pernah jaga orang yang sakit, dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit.

“Jika anda ingin membantu, belajarlah memahami. Bukan menghakimi menerusi komen. Rosak jiwa saya. Saya sudah buat sebaik mungkin yang mampu untuk 10 tahun ini,” jelasnya.

Tidak mengharapkan bantuan dari orang lain, Elyana mengakui bukanlah mudah untuk menjaga diri sendiri malah menjaga orang lain, ketika keadaannya sebegini.

“Tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah, saya yang harus menjaga orang lain. Saya tidak mengadu cuma nak beritahu. Saya manusia biasa. Nak menjaga diri sendiri pun tiada masa.

“Tak campur lagi tiada selera makan, mulut penuh ulser, demam tidak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan serta tidak boleh minum air walaupun air liur pun sakit.

“Nak menjaga keluarga, nak mencari wang. Berfikir, tidak boleh tidur. Ingin selalu tersenyum depan anda. Berat, terlalu berat. Kamu tidak akan dapat memahami selagi tidak pernah merasainya sendiri,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masya-Allah, Saya Pula Nak Nangis” – Neelofa Sebak, Kagum Lihat Elyana Tetap Senyum & Ceria Dalam Kesakitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Dec 2021
Hiburan Thu, 17 Oct 2019
Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Featured Mon, 3 Apr 2023

Diana Danielle Bongkar Farid Kamil Minta Buang Nama Bin & Binti Pada Anak-Anak

Seriuslah sampai tahap macam ni sekali? Sedihnyaaa..

Hiburan Fri, 27 Oct 2023

[VIDEO] “Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita” – Pesanan Terakhir Allahyarham Bad Indigo

Allahuakbar! Semoga arwah Bad Indigo ditempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh.

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

ORANG KETIGA PUNCA SUFIAN – ELFIRA TAK JADI KAHWIN?

Apapun, Sufian mengharapkan agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat hubungannya bersama El

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Aisyah Aziz Lebih Layak?

Korang rasa siapa lagi layak?

Featured Thu, 14 Nov 2019
Featured Thu, 2 Feb 2023