Featured By: Salma Syahbuddin June 10, 2022 @ 8:20pm

Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Rumah Perlindungan Dibuka Semula

Pengerusi Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menerusi Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur hari ini dilaporkan memfailkan saman terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL), bagi memohon perintah supaya rumah perlindungan itu dibuka semula.

Siti Bainun tampil sebagai plaintif memfailkan saman pemula melalui Tetuan Asiah Abd Jalil Law Chambers di Mahkamah Majistret di sini pada 7 Jun lalu, dengan menamakan Pengarah JKM WPKL sebagai defendan.

Menerusi kenyataan saman tersebut, Siti Bainun memohon perintah supaya defendan menanggalkan ‘Lak’ yang telah dibuat pada 12 Julai 2021 dan memohon perintah agar plaintif boleh menggunakan premis berkenaan.

Dakwa Siti Bainun, tindakan lak yang dibuat pada 12 Julai 2021 atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah tidak adil, tidak mengikut prinsip pentadbiran dan undang-undang administratif yang wajar, memandangkan JKM WPKL telah mengetahui bahawa rumah perlindungan tersebut sedang dalam proses permohonan pendaftaran.

“Pada 20 April 2022, Rumah Bonda telah menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan), di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993 dan Rumah Bonda telah membuat bayaran penuh kompaun itu pada 25 April 2022,” katanya menerusi afidavit sokongan.

Menurut Siti Bainun, beliau kecewa apabila dimaklumkan oleh Pegawai Penguatkuasa JKM WPKL bahawa, Rumah Bonda hanya boleh dibuka melalui satu perintah mahkamah walaupun kompaun telah dijelaskan sepenuhnya.

“Saya sebagai pengerusi Rumah Bonda dan mewakili seluruh ahli jawatankuasa beraku janji bahawa, sekiranya mahkamah memberikan perintah menanggalkan lak tersebut, saya dan Rumah Bonda tidak akan menggunakan premis tersebut sebagai pusat jagaan, sehinggalah premis tersebut didaftarkan di bawah Seksyen 10 Akta Pusat Jagaan 1993,”jelasnya.

Dakwa Siti Bainun selepas tindakan lak dilaksanakan, beliau, ahli jawatankuasa dan sukarelawan tidak lagi mempunyai akses untuk memasuki Rumah Bonda, sekali gus menyukarkan usaha-usaha permohonan pendaftaran rumah perlindungan itu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja amal yang lain, seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

“Rumah Bonda sehingga kini terpaksa membayar sewa bulanan bagi premis itu berjumlah RM2,800 sebulan, meskipun tidak dapat menggunakan premis berikutan tindakan Lak oleh JKM WP KL dan sejak 12 Julai 2021, Rumah Bonda telah menanggung kos sewa hampir setahun tanpa peluang memanfaatkan premis berkenaan,” katanya.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah pula, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda pada 22 Jun ini.

 

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Featured Wed, 4 Dec 2019

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Tampil dengan 14 rona bedak asas cecair

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Trending Sat, 21 Apr 2018

Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Pelakon yang tak habis-habis dengan kontroversi ini akhirnya sekali lagi bakal diajukan soalan-soalan panas apabila telah berkongsi gambar kemaluannya di instagram

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Sufian Suhaimi Minta Netizen Move On!

Jadi netizen tolong move on okay!

Trending Tue, 25 Sep 2018

老娘不用人救!迪士尼公主「战士化」比王子还帅

迪士尼动画的角色相信大家都不会陌生,特别是公主们更是给大家留下深刻的印象。但公主只能靠王子拯救吗?

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Trending Sun, 10 Jun 2018

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Trending Sat, 3 Aug 2019