Featured By: Salma Syahbuddin May 12, 2022 @ 6:00pm

“Saya Boleh Mati Pada Bila-Bila Masa… Keadaan Saya Ini Ibarat Bom Jangka” – Azizulhasni Awang

Umum sedia maklum, keadaan terkini jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang yang juga digelar sebagai The Pocket Rocketman kini dalam proses pemulihan dan sedang menjalani rawatan susulan akibat penyakit yang dihidapinya.

Berkongsi mengenai pengalaman pertama beliau kepada orang ramai menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Azizul menyifatkan keadaan dirinya kini diibaratkan seperti ‘bom jangka’.

“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sakit dada yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu. Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana symptoms dia adalah lain daripada yang lain.

“Saya berada di wad kecemasan hampir 5 jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya telah mendapat serangan jantung. Akan tetapi doktor di wad kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya,” katanya.

 

“Saya boleh mati pada bila-bila masa…”

Tambahnya lagi, ketika pertama kali mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya, doktor pakar juga terkejut dan menyifatkan bahawa jaguh sukan berbasikal negara ini sangat bertuah kerana mampu bertahan sehingga ke tahap ini.

“Ini bukan kali pertama saya terima kenyataan seperti ini. Waktu pertama kali dahulu adalah ketika kaki saya tertusuk kayu di Manchester. Doktor tu kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun risiko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini.

“Keadaan saya ini ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Doktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi jantung saya ini. Yang mana faham, mereka faham lah.

“Saya boleh mati pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagnosis kedua untuk ‘double check’.

“Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya,” ujarnya.

Justeru itu, Azizul berharap agar perkongsiannya ini dapat menjadi pengajaran buat semua disamping sentiasa melakukan ‘full screening’ seandaianya mempunyai simptom atau masalah berkaitan jantung.

 

Terdahulu, atlet berusia 34 tahun yang juga harapan pingat emas negara pada Olimpik Paris 2024 ini selamat menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai Arteri Koronari Kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne pada April lalu.

 

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Fazura Buktikan Kepada Peminat Dia Mampu Menyanyi Secara LIVE!

Elmina Lakeside Konsert meriah dengan kehadiran Fazura dan Fattah

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Featured Tue, 7 Jan 2020
Trending Sun, 1 Nov 2020
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Kongsi Video Anak Autisme Bukan Nak Simpati, Zarina Zainuddin ‘Sound’ Netizen Biadab?

Sementara itu, pelakon Zarina Zainuddin yang aktif memuatnaik video anak-anak autisme sebelum ini turut terkena ‘tempiasnya’. Ya lah, siapa yang tak naik angin kan kalau orang kata begitu. Sabarlah ya…

Selebriti Mon, 8 Jan 2024