Selebriti By: Maya Basir June 12, 2022 @ 2:24pm

“Saya Dah Sediakan Rumah Untuk Semua Anak-Anak” – Jamal Abdillah Tak Pilih Kasih, Tak Mahu Gaduh Dengan Bekas Isteri

Penyanyi bersuara emas, Datuk Jamal Abdillah mengakui tidak pernah bersikap pilih kasih dalam menyayangi kesemua anaknya.

Meskipun hubungan dingin dengan anak keduanya Zaki Yamani semakin diperkatakan, Jamal mendedahkan dia masih berhubung baik dengan anaknya itu, malah baru-baru ini terlibat dalam rancangan realiti sebuah program televisyen.

“Baru-baru ini saya juga ada bersembang dengan Zaki sebab terlibat dalam satu program televisyen. Masa dia buat persembahan, dia juga ada menghubungi saya. Saya tak boleh nak buat apa-apa kerana kuasa lebih kepada emaknya.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan bekas isteri sebab nanti anak-anak pula yang susah,” katanya.

Raja Pop Malaysia ini menegaskan dia tidak pernah bersikap pilih kasih, bahkan sudah menyediakan kesemua anak-anaknya sebuah rumah walaupun tidak lagi tinggal sebumbung.

“Saya tak pernah nak beza-bezakan anak. Semuanya sama sahaja. Saya terbuka untuk menjaga anak-anak semua. Itu terpulang kepada ibu mereka. Saya dah sediakan rumah untuk semua anak-anak saya,” tambahnya.

Sebelum ini, Zaki mendedahkan tidak beraya bersama bapa sudah enam tahun selepas ibunya, Fatimatuzahra Samad bercerai sekitar tahun 2007.

Jamal kemudian menjelaskan dia tidak dibenarkan menjenguk Zaki kerana dihalang bekas isterinya itu.

Untuk rekod, Jamal pernah berkahwin tiga kali dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 May 2018

Bukan Alasan! Walaupun Anak Penagih, Amirul Afeeq Merupakan Anak Muda Ketiga Negara Bergelar Graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat

Beliau mengakui bahawa kehidupannya sebelum ini bukanlah seperti orang lain, kerana menurutnya dia bukanlah seorang yang dilahirkan dengan kehidupan yang mewah kerana ibunya terpaksa melakukan apa-apa sahaja kerja demi membesarkan mereka tiga beradik

Trending Mon, 4 Jan 2021

Ziela Jalil Bermadu Kali Kedua

Jodoh rahsia Tuhan..

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Onew’s Military Enlistment Date Announced

Fans are already looking forward to his discharge…

LIFESTYLE Mon, 1 Jul 2019

Dua Peluncur Malaysia Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Phuket Surf Fest 2019

Mereka adalah Mohd Daud, 29, Didaqt Musaddiq 24, Suhaimi Hassan 24, Nazrin Nasaruddin 25, dan Mona Rasidah 35.

Featured Sun, 18 Dec 2022