Featured By: Arfah December 20, 2021 @ 2:40pm

“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Isu Tular Diselamatkan Naik Helikopter

Tular isu berkenaan pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang didakwa menggunakan kemudahan helikopter diselamatkan daripada bencana banjir di Shah Alam kerana statusnya sebagai menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Jovian berkongsi keadaan semasanya di ruangan Instagram Story menjelaskan dia tidak dapat pulang ke rumah kerana terperangkap di pejabatnya di Shah Alam akibat banjir.

Dia kemudiannya mengemas kini ruangan terbabit dengan memuat naik foto berada di atas sebuah helikopter dan kemudiannya sampai di rumah dengan selamat.

Seorang pengguna Twitter yang melihat perkongsian Jovian itu meluahkan rasa kecewanya di laman sosial terbabit.

“Sebab awak menantu PM boleh diselamatkan naik heli, siap tayang dekat Instagram. Bagus! Yang lain duduk stranded atas bumbung rumah dari semalam tidur dalam hujan, tidur dalam kereta!” tulisnya.

 

Hantaran Twitter itu telah membuatkan ramai warga Twitter turut meluahkan kekecewaan.

Namun, Jovian tampil menjelaskan perkara sebenar di hantaran Instagram miliknya.

Menurut Jovian, dia tidak mahu isu ini dipanjangkan dan dia tidak ada niat untuk menunjuk.

“Saya tak guna aset kerajaan, lilahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahead but those are fitnah,” kata Jovian.

Jovian turut menjawab pertanyaan beberapa individu yang mempersoalkan mengapa dia tidak membantu mangsa banjir menggunakan helikopter.

“Pasal itu heli commercial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa dan sebagainya,” kata Jovian.

Jovian juga menjelaskan bantuannya kepada mangsa banjir adalah ikhlas terhadap dakwaan sesetangah individu yang berkata dia tiba-tiba mahu membantu kerana viral di Twitter.

 

View this post on Instagram

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Jovian dan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri turun padang membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam yang mengalami banjir teruk malam tadi.

Dia berkongsi keadaan sekitar Taman Sri Muda menerusi Instagram Story miliknya.

Menurutnya, banyak bantuan dihulurkan tetapi agak sukar untuk masuk ke kawasan itu kerana jalan yang ditenggelami air serta keadaan yang gelap.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 30 Oct 2021
Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Mahu Karya Berkualiti, Reyhana Buktikan Dia Bukan Penyanyi Tangkap Muat

Cayalah Reyhana! Biar lambat, asalkan power…

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Trending Sat, 14 Apr 2018

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang

Trending Fri, 9 Jul 2021

“Sihat Dan Sakit Ni Allah Yang Tentukan…” Hafiz Suip Jawab Teka Teki Berkenaan Masalah Kesihatan

Semoga Hafiz baik-baik saje.. Rindu tengok Hafiz kat stage nyanyi ♡

Featured Mon, 27 Sep 2021

Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal

| Live TV