Trending By: Maya Basir June 27, 2022 @ 7:33pm

“Sayunya Hati Tengok…” – Mira Filzah Beri Kesedaran Tentang Virus RSV

Pelakon dan pengacara Mira Filzah berkongsi pengetahuan kepada ibu bapa mengenai sejenis virus yang mudah dijangkiti bayi.

Virus yang dinyatakan oleh Mira tersebut ialah Respiratory Syncytial (RSV) iaitu sejenis virus yang menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan dimana berbahaya jika terjadi kepada bayi dan orang yang lebih tua.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Mira memberitahu dia tidak akan memegang bayinya jika sedang mengalami radang sinus.

“Mira kalau tengah sinus teruk memang tak akan dukung langsung baby. Risau,” tulisnya.

Pada masa sama, ibu kepada Wan Khair Amir ini berpesan agar sentiasa membersihkan permukaan yang disentuh lebih-lebih lagi telefon bimbit.

“Bersihkan permukaan yang sering kita sentuh terutamanya phone kita. Ada yang bawa pergi tandas lah, lepas tu kalau keluar letak atas meja makan dekat kedai makan, kita bersin atau batuk lepas tu main phone.

“Always wipe your phone. Sehari sekali sekurang-kurangnya,” tulis Mira.

Mira turut sedih dengan bayi-bayi yang terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan ditidurkan kerana dijangkiti virus RSV.

“More than 5 videos semalam babies kena RSV keluar dekat TikTok. Allahuakbar. Sayunya hati tengok,” luah Mira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

“Happy Birthday B***”, Ayah Dua Lipa Dikecam Netizen Malaysia?

Dua Lipa lantas menukar caption tersebut tanpa membalas komen yang ditinggalkan. Namun, terdapat segelintir rakyat di negara ini berasa malu dengan tindakan sesetengah netizen Malaysia yang tidak tahu menghormati bahasa ibunda negara lain

Featured Tue, 2 Aug 2022
Trending Thu, 4 Oct 2018
Trending Sun, 4 Aug 2019

Kerana Berlian RM1.3 Juta Rakyat Malaysia Ditahan Di India

Kata kena hantar pada rakannya tetapi siapakah dia? Betul ke harganya RM1.34 juta

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023