Featured By: Marcella October 21, 2021 @ 3:19pm

“Sebagai Seorang Wanita, Saya Juga Tidak Bersetuju Dengan Kenyataan Ayah” – Anak Fauzi Nawawi Mohon Hentikan Cacian & Makian

Anak perempuan kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha meminta netizen untuk berhenti memberikan cacian terhadapnya dan ahli keluarga.

Melalui status yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Hanna yang merupakan seorang model muslimah dengan rendah hati mewakili keluarganya memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan bapanya.

Menurut Hanna, sebagai seorang wanita, dia juga tidak bersetuju dan terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan.

“Assalamualaikum. Saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan.

“Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua terutama kepada keluarga kami,” tulisnya.

Tambah Hanna, biarlah bapanya sendiri menyelesaikan isu tersebut dengan pihak yang terlibat.

Hanna turut meminta orang ramai untuk berhenti membuat komen, cacian dan makian terhadapnya dan ahli keluarga yang lain.

“Buat semua, tolong hentikan mesej (DM) yang tidak sepatutnya, cacian dan makian kepada ayah saya dan ahli keluarga lain,” tambahnya.

Terdahulu, Instagram Fauzi dan anaknya diserang netizen setelah tular video menunjukkan pelakon itu berkongsi pengalamannya melakukan babak panas dalam filem Anak Halal bersama seorang pelakon wanita, Raja Farah.

ARTIKEL BERKENAAN: Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

ARTIKEL BERKENAAN: “Ramai Panggil Saya C*laka, Bab*…” – Didakwa Buka Aib Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Selain itu, Fauzi telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui video yang dimuat naik sekitar pukul 1 pagi kelmarin.

Menurut Fauzi, dia langsung tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah atas kesalahannya sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Gandingan REV Media Group & Dattel Asia Group Perkasa PKS dengan Pengiklanan Berasaskan Data

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan […]

#tilljannah Fri, 19 May 2023
Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Bapa Tegas Alasan Faradhiya Masih Solo Sampai Sekarang?

Amacam korang berani tak masuk line?

Featured Thu, 23 Dec 2021

Dikhabarkan Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana & Harris Alif Positif Covid-19

Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi. Suaminya, Harris Alif, 21, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi turut dijangkiti […]

Featured Thu, 1 Dec 2022