Featured By: Arfah December 23, 2021 @ 11:23am

Sebak… Kereta Hasil Titik Peluh 7 Tahun Dihanyutkan Banjir, Wanita Ini Reda Baru 3 Bulan Sempat Pakai

Banjir yang melanda negara tahun ini adalah antara banjir yang terburuk dan telah meragut kehilangan nyawa serta harta benda.

Nuarjan Sulaiman, 36, seorang penduduk di Hulu Selangor terpaksa menanggung kekecewaan dengan apa yang terjadi setelah kereta yang baru dipakai tiga bulan musnah akibat dihanyutkan banjir.

Perkara ini diberitahu oleh Nuarjan di satu temu bual bersama SelangorTV pada Rabu dan video temu bual itu telah menjadi tular di TikTok.

“Baru tiga bulan pakai. Sedihlah sebab nak dapat pun bukan senangkan. Anak-anak pun kecil-kecil kita usaha untuk dapatkan.

“Itulah satu-satunya kereta yang ada. Sebelum ini memang tiada kereta. Memang tak pernah ada kereta nak pergi mana-mana pun pinjam kereta orang,” kata Nuarjan sambil tersenyum dalam kehibaan.

Dia menjelaskan kereta yang baru dibelinya itu adalah usaha yang mengambil masa bertahun-tahun untuk diperolehi.

Nuarjan yang merupakan seorang suri rumah berkata, hanya suaminya yang bekerja untuk menyara mereka sekeluarga.

Dia dan suami memilik tiga orang anak berumur 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun.

“Dalam tujuh tahun jugalah. Tujuh tahun tu bukan tiada kereta, ada ayah bagi pinjam kereta. Kereta ayah pun sama hanyut,” katanya.

Difahamkan, kereta milik ayah Nuarjan juga dihanyutkan banjir beberapa meter dibelakang kereta baharunya.

“Memang sedih sangat sebab anak pun dah seronok ada kereta sebab sebelum ini, pergi mana-mana pun naik motor, kalau nak pergi beli barang pun anak kena tinggal,” katanya lagi.

Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa kagum dan sebak dengan ketabahan yang ditunjukkan Nuarjan.

“Setitis air mata pun tak jatuh. Kuat betul akak ni. Semoga dikurniakan pahala dan dipermudahkan jalan keluar dari musibah,” komen @fairuz__n

“Tabah betul akak ni. Cerita sedih pun masih boleh senyum. Insya-Allah, Allah ganti lebih baik lepas ni,” komen @donatkeju3

Sumber: SelangorTV

 

@selangortvLapan tahun tunggu untuk memiliki kenderaan sendiri, namun kata Nuarjan Sulaiman, 36 beliau reda akan musibah yang berlaku.#BanjirSelangor #TikTokSelangorTV #BeritadiTikTok

♬ original sound – SelangorTV

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Filem Superhero DC Terbaru, Shazam Bakal Gegar Panggung!

Dikatakan menjadi saingan buat Captain Marvel DC Bakal muncul dengan filem superhero terbaru iaitu Shazam!

Featured Tue, 27 Aug 2019
Featured Thu, 10 Nov 2022

Tarbiah Anak Muda Tak Keluar Mengundi, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas berkenaan generasi muda kini tidak mahu keluar untuk mengundi. @izzatramlii #ustazahasmaharun #pru15 #fyp #dakwah_islam #mengundi #foryou ♬ Orange 7 – Anime Quotes Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh […]

Featured Sat, 25 Sep 2021

Tak Berniat Sembunyi Berita Baik, Syamel Sahkan Ernie Zakri Hamil 4 Bulan

Spekulasi mengenai kehamilan penyanyi berbakat, Ernie Zakri akhirnya terjawab apabila suaminya, Syamel mengumumkan isterinya kini hamil anak sulung hasil perkahwinan mereka. Penyanyi lagu Kau Pun Sama itu berkongsi khabar gembira itu di laman Instagram. “Alhamdulillah […]