Sekolah Di Cyberjaya Ditutup Selepas 114 Murid, 19 Guru & 10 Kakitangan Positif COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarahkan tutup sementara, berikutan 135 kes baharu positif Covid-19 yang membabitkan warga sekolah berkenaan.

Beliau berkata, arahan tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.

Tambahnya lagi, seramai 973 warga sekolah telah disaring dan mendapati 135 kes baharu positif kes Covid-19 dalam kluster berkenaan, menjadikan keseluruhan kes Covid-19 dalam kluster tersebut seramai 143 orang, terdiri daripada 114 murid, 19 guru dan 10 kakitangan.

Dr Noor Hisham turut menegaskan , kluster Covid-19 yang melibatkan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ini dinamakan Kluster Persiaran Tasik.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu satu sesi taklimat dan penerangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut telah diadakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan kluster ini terkawal.

Sumber : KKM

Salma Syahbuddin