Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2021 @ 4:12pm

Selepas Kelar Leher Ibu Warga Emas, Lelaki Ini Maut Digilis Lori

Selepas mengelar leher ibunya sehingga meninggal dunia, seorang lelaki yang dipercayai anak mangsa ditemukan meninggal dunia akibat digilis sebuah lori dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang-Gurun, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia lingkungan 70-an bekerja sebagai penoreh getah itu ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya dengan kesan kelar di leher sedalam 12 sentimeter.

Malah,  terdapat kecederaan di tangan kanan dan telinga kiri mangsa dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Hasil pemeriksaan mendapati, tiada kesan pecah rumah namun polis turut menemui beberapa peralatan menghisap dadah didalam rumah terbabit.

Miliki enam rekod jenayah lampau

Tambahnya lagi, pada masa kejadian polis turut menerima laporan kemalangan maut di Jalan Jeniang-Gurun pada jam 7.30 pagi membabitkan anak kepada mangsa warga emas tersebut.

“Kita percaya kemalangan berlaku setelah suspek meletakkan motosikal dan menerpa ke tengah jalan menyebabkan lori yang sedang bergerak laju tidak sempat mengelak lalu merempuh lelaki itu.

“Polis juga percaya kejadian berpunca daripada pergaduhan. Berdasarkan maklumat yang diterima mengatakan berlaku pertengkaran hampir setiap hari antara dua beranak terbabit akibat desakan minta wang, termasuk malam kelmarin,” katanya.

Selain itu, anak lelaki mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu juga merupakan pemegang kad orang kurang upaya dan mengalami masalah mental.

Oleh itu, polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes untuk tampil membantu siasatan.

 

 

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Featured Sun, 2 Jan 2022

Wani Kayrie Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Idaman Bernilai Lebih RM190,000

Penyanyi dan pelakon muda Wani Kayrie, 22, menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah hasil kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni. Wani menerusi hantaran Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar bersama kereta barunya yang merupakan

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Baru 3 bulan Alisa Aisyah Dah Jadi Instafamous!

Kecik-kecik dah ramai peminat dikkk…untunglaaa…

Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Fri, 25 Jun 2021

Sering Terima Cadangan Perlanjutan Program i-Sinar & i-Lestari, Kerajaan Cuba Cari Penyelesaian – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz memberitahu kerajaan telah menerima pelbagai cadangan termasuk pelaksanaan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari. Menerusi laman Facebooknya, beliau menjelaskan telah mengambil kira pelbagai cadangan dan permintaan oleh

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
LIFESTYLE Sun, 13 Jan 2019

Bringing Indian Traditional Costumes into the Modern Fashion Scene

Designer Hariharan Arasu has just launched his inaugural menswear collection, which comprises loose tops and pants in breathable materials, writes Nadia Badarudin FROM the day he rolled out his first collection in 2012, Hariharan Arasu

Trending Wed, 13 Nov 2019

想拍仙女照却秒变掀女!日网友自嘲:理想VS现实差异照

大家翻看网美的旅游照时,心中会不会有这样的疑惑:她们生活在另一个世界吗?为什么随意捕捉到的瞬间都这么美?

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

| Live TV

error: Content is protected !!