Trending By: Syafiqa Irdina April 16, 2020 @ 2:40pm

Selepas Nama ‘Corona’ Dan ‘Lockdown’, Pasangan Ini Namakan Anak Mereka ‘Sanitiser’ Pula!

Macam-macam!

Sejak pandemik Covid-19 berlaku di seluruh negara, nampaknya situasi ini telah menjadikan seseorang untuk berfikir secara kreatif, termasuk dalam menamakan anak mereka!

Kalau sebelum ini tular beberapa pasangan ibu-bapa yang menamakan anak mereka ‘Lockdown’, ‘Corona Kumar’ serta ‘Corona Kumari’, baru-baru ini tular pula ada pasangan yang menamakan anak mereka ‘Sanitiser’!

Perkara tersebut berlaku di wilayah Saharanpur di Uttar Pradesh, India.

“Sanitiser Jadi Keperluan Ramai Orang”

Menurut laporan India Today, bapa kepada bayi tersebut berkata, pasangan tersebut bersetuju menamakan anak mereka dengan nama sanitiser kerana cecair pembasmi kuman itu merupakan benda yang wajib dan menjadi keperluan ramai orang sekarang.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.

Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.

Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya kepada India Today.

Cecair pembasmi kuman itu kini banyak dibekalkan secara percuma kepada rakyat negara itu dalam usaha kerajaan memastikan semua orang kekal selamat daripada jangkitan.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Kredit: India Today

Baca Juga: [VIRAL] Selepas Lockdown, 2 Bayi Ini Pula Diberi Nama Corona Kumar Dan Corona Kumari!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Aug 2022

Tahap Kesihatan Makin Baik, Jasmin Hamid Gembira Dapat Bekerja Seperti Biasa

Pelakon Jasmin Hamid, 48, memberitahu bahawa keadaan kesihatannya kini berada pada tahap yang bagus dan masih lagi boleh bekerja seperti biasa. Penghujung Mei lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital kerana […]

Trending Tue, 25 Aug 2020

Lima Lagi Murid Sekolah Rendah Dikesan Positif Covid-19

Semoga penularan kes ini semakin berkurangan

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kumpulan K-POP X1 Bubar Selepas 5 Bulan Debut?

Semuanya berpunca daripada penerbit…

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Ayda Jebat ‘Geli’ Panggil Sayang?

Dalam masa sama, Ayda memberitahu dia pernah bergandingan dengan Shaarnaz Ahmad lebih daripada dua drama sebelum ini.

Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Tukar Jantina? Merepeklah…

Usahawan kosmetik terkenal, Sajat menafikan mendapatkan bantuan individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof seperti yang didakwa wanita itu dalam sebuah sidang media, petang tadi.

Trending Thu, 10 Sep 2020
Hiburan Thu, 27 Sep 2018
error: Content is protected !!