Featured By: Arfah November 30, 2021 @ 1:34pm

Sepandai-Pandai Tupai Melompat… Cubaan Remaja 14 Tahun Mencuri Dikantoikan, Rupanya Tuan Rumah Pegawai Polis!

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang perompak yang telah cuba memasuki rumahnya pada jam 4:30 pagi pada Ahad di kediamannya di Taman Sri Telok Emas, Melaka.

Menerusi perkongsiannya di bawah nama pengguna Nurul Diyana, dia menjelaskan pada waktu kejadian dia bersama anak-anaknya sudah lama tidur manakala suaminya masih lagi terjaga.

Dia dikejutkan dengan panggilan dari suaminya yang menyuruhnya untuk membuka lampu sambil terlihat suaminya sedang mengikat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Selepas suspek berusia 14 tahun itu berjaya diikat, Diyana memberitahu dia sempat bersoal jawab dengan remaja berkenaan.

Apabila ditanya sebab mengapa dia memasuki rumahnya, remaja tersebut menjawab dia memerlukan baju.

Remaja itu meminta maaf berkali-kali seperti meraih simpati untuk dilepaskan setelah Diyana memberitahu bahawa suaminya merupakan seorang pegawai polis.

Namun, cubaan merompak masih kesalahan jenayah, remaja itu kemudiannya digari oleh suami wanita berkenaan sebelum menunggu pegawai polis untuk membawa suspek ke Balai Polis Kandang.

“5:15 pagi polis datang dan angkut budak itu pergi balai. Suami saya settle report 6:30 pagi, sekarang report dekat IPD pulak,” kata Diyana.

Difahamkan remaja terbabit pernah memecah masuk beberapa rumah di kawasan Telok Emas sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Diyana menjelaskan dia dan keluarga selamat dan tiada sebarang kehilangan harta benda berlaku.

Perkongsian yang dimuat naik pada Ahad itu turut disertakan dengan klip video yang menunjukkan suami Diyana sedang mengikat remaja tersebut sambil remaja tersebut teresak-esak menangis.

Rata-rata komen netizen bersetuju dengan tindakkan yang dilakukan oleh suami wanita itu.

“Kalau dibiarkan akan lebih banyak rumah dia ceroboh. Bagus serah kepada polis. Yang kata lepaskan tu kita tunggu jika rumah dia kena rompak apa dia punya komen pula,” tulis salah seorang pengguna Facebook.

Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa perkongsian wanita ini boleh dijadikan pengajaran buat pelaku-pelaku jenayah.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat 614 tanda suka dan 693 komen dari para pengguna Facebook.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Feb 2021
Hiburan Thu, 1 Dec 2022

Lucu! Slang Maryam Durian Kimchi Belajar Cakap Kelantan Buat Ramai Ketawa

Pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim mencuri perhatian ramai dengan gelagat kelakar mereka itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Ryzal di laman TikTok mereka berdua iaitu

Featured Tue, 2 Nov 2021

“Saya Tertipu & Mahu Menceraikannya” – Suami Ceraikan Isteri Selepas Melihat Wajahnya Tanpa Solekan

Seorang lelaki di Mesir telah memfailkan saman di mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru berkahwin selama sebulan selepas melihat wanita itu tanpa solekan. Menurut laporan Gulf News, suami tersebut kelihatan terkejut selepas melihat wajah isterinya

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Sun, 6 Mar 2022

| Live TV