Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2023 @ 5:20pm

“Seram Sejuk Bila Cakap Pasal Penyondol! Selain Dekat Dengan Zina, Rezeki Juga Tak Berkat” – Erna Elliyana Kongsi Doa Jaga Rumah Tangga

Penyanyi dan usahawan, Erna Elliyana Rosli menganggap isu penyondol yang terjadi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini amat membimbangkan.

Menurutnya, dia enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu selain berpendapat sekiranya perkara tersebut terjadi, bermakna ia sudah dekat dengan perkara kemungkaran iaitu zina.

“Saya sebenarnya no komen. Sebab sejuk pula bila cakap pasal penyondol ni! Alhamdulillah, ia tiada kena mengena dengan saya. Suami saya pun ‘bumper’ okay,” katanya ketika sesi live di TikTok bagi memperkenalkan promo ramadan, Cantik Before Raya pada Selasa.

Dalam pada itu, Erna sempat berkongsi tips kepada pengikutnya dilaman sosial berkenaan mengenai amalan doa yang sering dibacakan agar keluarganya sentiasa dalam lindungan Maha Esa.

“Saya selalu amalkan doa ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau jauhkanlah diriku dan keturunanku daripada kelazatan melakukan maksiat.

“Saya nak Allah jauhkan saya dari lazatnya melakukan maksiat. Bila saya tak rasa lazat, saya tak buat maksiat,” kongsinya.

Tambahnya, sepanjang bergelar sebagai seorang isteri dalam usia perkahwinan mencecah 11 tahun, wanita khususnya perlu bijak menjaga penampilan agar kelihatan berkeyakinan ketika berhadapan dengan masyarakat mahupun suami.

“Alhamdulillah 11 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami sentiasa mahu saya kelihatan menarik. Dia selalu galakan saya ke spa, jaga kulit dan mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan premium dan terbaik.

“Saya masa kenal dengan suami saya dulu, kulit saya agak gelap. Saya pernah tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya sebab saya tak berapa cantik. Suami cakap dia pilih saya kerana ada otak.

“Suami pun kalau nak lihat isteri cantik, kenalah beri nafkah lebih supaya isteri boleh merias diri. Suami kena main peranan. Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah lubuk rezeki anda,” jelasnya.

@kamya.my Banyak luahan dari comment kalau join TikTok LIVE Kamya 🙈 #duitraya2023 #fyp #malaysia #foryoupage ♬ original sound – Kamya.my

Menerusi perkongsian di TikTok, pengasas produk Kamya Glow ini turut memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi serendah RM69 sahaja (harga asal RM129).

Dan, yang paling menarik,  setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah yang akan dilakukan secara rawak iaitu bermula dari RM2 sehingga RM50 menjadikan wang  yang ditawarkan berjumlah RM5,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Kekal Sihat

Soalan tak masuk akal pun ada tau! Contohnya, baru-baru ini, pelakon popular Bollywood menerima soalan seperti berapa kali dia membuang air besar? Hurm, mengarut kot wak.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Muncul Juara GV6, Naqiu Simpan Hajat!

Tahniah Naqiu & Hady Mirza!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Mummy Takkan Kejar ‘Lelaki’!

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mummy. kot lah terjumpa jodoh kat Indonesia kan?

Featured Wed, 28 Sep 2022

Kongsi Foto Bilik Di UK, Netizen Tergamam Kasih Iris Leona Dedah Harga Sewa RM976 Seminggu!

Wah… cantiknya bilik Leona 😍 Tapi harga meninggal kalau convert RM 🤣

Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Hiburan Wed, 23 May 2018

Ibu Pesan Ada Baiknya Hadiah Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.

Trending Fri, 10 Apr 2020

| Live TV