#SkoolXTRA Masuk Kelab Kewartawanan, Suka Menari Zapin…Ini 3 Momen Menarik Hawa Rizwana Ketika Di Sekolah!

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan pengacara dan personaliti TV manis, Hawa Rizwana yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Hawa dulu seorang yang suka menari! Betul ke Hawa?

Jom kita ‘throwback’ balik momen-momen Hawa Rizwana dulu. Agak-agak Hawa dulu pelajar yang macam mana?

Jadi Ketua Pengawas

“Saya dulu jadi Ketua Pengawas sesi petang dengan Penolong Ketua Pengawas sesi pagi.

“Saya skema sangat dulu.

Masuk Kelab Kewartawanan

“Saya dulu masuk kelab kewartawanan.

“Best dapat belajar banyak benda tentang dunia wartawan.

Suka Sangat Menari

“Waktu sekolah di Johor saya pernah sertai pertandingan Zapin peringkat sekolah dan daerah.

“Saya berazam untuk masuk sekolah itu sebab saya nak sangat masuk pertandingan Zapin dan wakili sekolah.

“Saya minat sangat menari dan zapin ketika itu. Alhamdulillah dreams come true!

Wah! Kiranya pandai juga lah ye Hawa menari Zapin!

Khairil Khusyairi