Featured By: Marcella October 24, 2021 @ 1:38pm

Soal Kahwin Bukan Keutamaan Bagi Shuib Sepahtu

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sejak dua bulan lalu pastinya masih terlalu awal bagi pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk memikirkan soal pengganti isteri pada waktu ini.

Menurut Shuib, sukar baginya untuk memikirkan mengenai perkara itu pada masa ini kerana tumpuan utamanya adalah pada empat orang anak yang masih kecil.

“Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka dalam masa yang sama setelah arwah Sarah pergi. Sebab itulah tak terfikir pasal kahwin lagi. Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arwah di sana,” katanya ketika ditemui di majlis Indigital Music Night di Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya pada Jumaat.

Tambah Shuib, buat masa ini dia masih belum memikirkan soal jodoh dan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada Allah SWT.

“Soal jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang. Semua saya serahkan pada Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya. Saya tidak menolak jodoh, sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.

“Tetapi, tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi, 37 tahun dan saya ada anak empat orang, sudah tentu mereka memerlukan kasih seorang wanita,” katanya.

Sekiranya ada jodoh suatu hari nanti, Shuib berkata dia hanya mahukan seorang wanita yang dapat menerima kehadiran anak-anak dalam kehidupan bakal isterinya nanti.

“Saya tidak mahu atau mencari wanita yang mempunyai persamaan dengan arwah isteri sebab dia sudah berada dalam kelasnya yang tersendiri. Tapi saya akan nilai beberapa kriteria demi untuk anak-anak saya dan bukan untuk diri sendiri semata-mata.

“Kalau dia berjaya curi hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya,” jelas Shuib.

Untuk info, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Bagaimanapun, Siti Sarah disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas tiga kali ditidurkan dan bertarung nyawa melawan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Kosmo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Tamat Kerjaya Penyanyi, Altimet Buka Kelas Mengaji

Yang segan ke kelas mengaji, apa kata korang cuba aplikasi ini. Good Luck, Altimet!

Trending Mon, 30 Aug 2021

Lembah Klang Kini Sudah Boleh Beralih Fasa – PM

Tahniah buat frontliners dan penduduk Lembah Klang!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
TECH Mon, 21 May 2018
Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Trending Tue, 11 Jun 2019

不是突变!天然「蓝蕉​​」世界罕见

你也许看过黄香蕉、绿香蕉、短短的芭蕉,但是你有看过「蓝色香蕉」吗?