Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina June 13, 2020 @ 3:10pm

Ziarah Aidiladha Kekal Maksimum 20 Orang Pada Raya Pertama Sahaja

Sambutan hari raya Aidiladha di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sama seperti sambutan Aidilfitri lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media sebentar tadi.

”Kebenaran untuk menyambut hari raya adalah hari pertama dengan SOP 20 orang, hari raya pertama sahaja dibenarkan. Jadi selepas itu, tidak ada lagi lah sambutan hari raya.

Kalau boleh, tak perlu lah ramai dalam satu rumah, kerana seperti saya katakan tadi lebih ramai yang berada di dalam rumah dengan keadaan tertutup dan sebagainya, ianya lebih membahayakan,” katanya.

Apa-apa pun, kekalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan dengan sabun dan sentiasa memakai topeng muka okay!

Untuk maklumat penuhberkenaan sidang media tadi, korang boleh saksikan melalui video Youtube Buletin Utama TV3 di bawah ini:

Sumber: Youtube Buletin Utama TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 29 May 2022
Featured Wed, 31 May 2023