Sebelum ini, rata-rata masyarakat ada yang kurang berpuas hati terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat Jumaat apabila hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir ke masjid atau surau.
ARTIKEL BERKAIATAN:JAIS Tetapkan Syarat Terkini Solat Jumaat Di Selangor
Justeru itu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.
“Jakim menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat,” katanya.