Filem By: Maya Basir August 11, 2022 @ 11:56am

Syamsul Yusof Terkilan Dengan Finas, Didakwa Tidak Proaktif

Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof, meluahkan rasa terkilan dengan isu cetak rompak digital yang dipandang sepi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Memetik laporan BH Online, dia sudah kemukakan isu tersebut ke FINAS namun tidak dipanggil untuk berbincang sehingga sekarang.

“Badan sepatutnya diharapkan kerajaan dan pengkarya filem ini mungkin tidak proaktif.

“Sehingga hari ini, FINAS tidak panggil saya untuk berbincang mengenai isu industri. Bukan bermaksud memanggil saya sahaja, malah semua penggiat dan duduk semeja berbincang.

“Salah satu isu besar yang sudah berbelas tahun belum diselesaikan adalah cetak rompak digital. Undang-undang harus dipinda atau digubal untuk membendung jenayah ini,” katanya.

Menurut Syamsul, dia menyuarakan perkara itu bukan untuk kepentingan sendiri tetapi filem untuk filem yang mahu diterbitkan pada masa depan.

“Cetak rompak digital amat serius. Bukan saja filem yang dicetak rompak, malah rancangan televisyen juga menerima kesan sehingga ada stesen penyiar hampir ditutup,” ujarnya.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau ini meluahkan rasa kecewa terhadap FINAS yang didakwa tidak memperjuangkan masalah cetak rompak sehinggakan hak cipta filem tempatan ‘bocor’ dalam media sosial awal bulan lalu.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Wed, 28 Mar 2018

16 Korean Idols Who are Making a Comeback in April

Here’s the full list of Korean idols who are making a comeback in April. The dates are listed too!

Featured Wed, 17 Jan 2018

Putus Cinta : 8 Cara Bangkit Semula

Putus cinta setelah sekian lama menyulam kasih cukup memeritkan. Tapi mahu atau tidak, kehidupan wajib diteruskan. Menangis dan meratap pemergian orang yang pernah disayangi bukanlah caranya move on dan melupakan segala luka. Bangkitlah semula dengan […]

Trending Tue, 16 Jul 2019

研究证实:接吻能「帮女生减肥」、越亲人越美

研究证实:亲吻既能展现亲密,又能让身体健康,不要吝啬亲你的另一半啊~