Selebriti By: Aisyah Badrul April 17, 2020 @ 3:23pm

Tahniah! Fazura Dan Fattah Amin Bakal Timang Cahaya Mata

Selepas dua tahun melayari bahtera rumahtangga, akhirnya pelakon popular Fatah Amin berkongsi berita gembira bahawa isterinya Fazura kini sedang berbadan dua!

Berita gembira ini dikongsi oleh Fattah dan Fazura menerusi Instagram peribadi masing-masing. Menerusi kapsyen yang ditulis, mereka berasa sangat teruja untuk berkongsi berita ini kepada umum dan percaya dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, Kami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama,”

“Kandungan @missfazura kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” tulis Fattah.

View this post on Instagram

After two years of marriage, we are delighted to share that we are expecting our first child. @missfazura is currently in her fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, Kami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan @missfazura kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. ????????❤️✨???????? @fattzuralovelife

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Fattah juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberi ucapan selamat kepadanya selama ini. Dia juga turut mengungkapkkan rasa syukur kerana berpeluang untuk melalui fasa-fasa indah ini di dalam hidupnya.

Fazzura dan Fattah Amin mendirikan rumahtangga pada November 2017 yang lalu. Akhirnya, desas-desus mengenai kehamilan Fazura telah terjawab.

Tahniah Fazura dan Fattah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022

Dikritik Gara-Gara Lagu Dewa 19, Elyana Tampil Bidas Komen Netizen – “Sejahat Apa Pun, Allah Tetap Di Hati…”

Aik, netizen dakwa Elyana berubah sebab jadikan lagu semangat hidup dari Dewa 19? Aik apa kes ni?

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Fattah Amin dan Fazura telahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling JAYA.

Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Hiburan Sat, 16 Nov 2019
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Kenapa Perlu Tengok Dua Drama Korea Ini Di Tonton?

Dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea ini pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti apakah masalah yang bakal dihadapi oleh peguam-peguam terhebat abad ini?

Hiburan Thu, 20 Sep 2018
Events Thu, 28 Mar 2019

Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Sama-cantik sama padan kan? kalau tak caye, tengok lah sendiri.