Featured By: Arfah October 27, 2021 @ 3:32pm

Tak Tahan Digganggu, Tindakan Berani Gadis Ini Menegur Lelaki Yang Mengikutinya Dapat Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak takut apabila terdapat lelaki tidak dikenali memerhati dan mengganggu ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Pada Selasa yang lalu, satu video di TikTok tular dimana seorang gadis berhadapan dan menegur lelaki yang mengikutinya berbasikal pada waktu malam.

Menerusi video gadis ini yang dikenali sebagai ‘psychomoonchildbuddy’ di TikTok, dia merakam sambil bertanya lelaki yang tidak dikenali itu sebab mengapa dia mengikutinya.

Lelaki itu berkata dia adalah peronda kawasan sebaik sahaja terlihat gadis ini mengeluarkan telefon untuk merakamnya.

Gadis ini menjelaskan dia keluar rumah pada jam 8 malam untuk berbasikal selepas pulang dari kerja, tanpa sedar dia sudah berbasikal hampir dua jam.

Pada jam 10 malam, dia terserempak dengan seorang lelaki yang menaiki motosikal ketika dia melalui ke suatu jalan berhampiran kawasan perumahan.

Lelaki tersebut mengganggu gadis ini dengan memanggilnya berulang kali sambil mengekorinya dari belakang.

Gadis ini berhenti mengayuh kerana berasa terancam dengan perbuatan lelaki tersebut, lalu bertanya kenapa lelaki ini mengikutnya.

Walaupun gadis ini tampil berani, lelaki tersebut enggan berlalu pergi malah tidak berasa takut pun apabila gadis ini menjerit meminta tolong.

Penduduk di kawasan rumah tersebut juga tidak ramai yang membantu, cuma melihat keadaan di sebalik pagar.

Lelaki tersebut akhirnya pergi apabila terdapat seorang jiran yang menegurnya untuk pulang dan berhenti mengganggu gadis ini.

Setakat hari ini, video tersebut telah mendapat lebih daripada sejuta tontonan di TikTok.

@psychomoonchildbuddy di TikTok

Ramai yang menyokong tindakan gadis ini tetapi ada juga yang tidak setuju dengan cara gadis ini menegur lelaki tersebut di ruangan komen.

Ada juga yang komen mengatakan sampai bila perempuan harus takut untuk keluar malam bersendirian, sudah tiba masanya kita wujudkan situasi selamat untuk wanita melakukan aktiviti berseorangan.

Situasi begini sekaligus menyedarkan orang ramai tentang bahaya yang dihadapi oleh seorang wanita apabila wanita keluar bersendirian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Mar 2024
Trending Fri, 20 Mar 2020

Amy Search “Sound” Kru Produksi, Nabila Huda Selamat Sampai Rumah

KITA semua sedia tahu, perintah kawalan pergerakan telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengurangkankan penularan wabak covid-19. Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, rakyat Malaysia diperintahkan supaya mengkuarantinkan diri rumah […]

Featured Wed, 8 Mar 2023
Trending Wed, 19 Sep 2018

Justin Bieber Tiba-Tiba Busking Di Depan Buckingham Palace Untuk Impress Tunangnya

Mungkin ini caranya untuk luahkan rasa cintanya di khalayak ramai.

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Fri, 17 Apr 2020

Keselamatan dan kesihatan murid lebih utama, Peperiksaan UPKK turut dibatalkan

Satu kaedah pentaksiran baharu akan diperkenalkan

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Fathia Latiff Jadi Simbol Seks Netizen?

Mahu meraih publisiti semula ke? Sila baca artikel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya

Featured Wed, 17 May 2023
Trending Wed, 24 Jan 2018

Bagaimana Hadapi Mereka Yang Mahu Bunuh Diri

Kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington menggemparkan seluruh dunia kerana pemergiannya yang tiba-tiba serta keputusannya mengambil nyawa sendiri. Chester yang dipercayai menghidap kemurungan dikatakan telah meninggalkan klu mengenai penderitaannya dalam lagu, namun tiada siapa yang […]