Featured By: Dharnieya Nur Amelsa October 22, 2022 @ 8:26pm

Tak Terganti Dedikasi Farahdhiya Buat Arwah Ayah Tercinta

Selepas 18 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau lebih mesra disapa Farah mencipta sendiri lagu Tak Terganti.

Didedikasikan untuk seseorang yang istimewa, lagu tersebut disifatkan cukup dekat di hati.

“Ramai sebenarnya peminat saya yang menunggu dan selalu bertanya bila nak keluar lagu balada macam Bertakhta Di Hati itu. Jadi, ini adalah lagu pertama yang saya cipta sepanjang 18 tahun dalam industri ini.

“Lagu ini sangat istimewa buat saya sebab pertama kali cipta lagu dan tulis lirik ditambah pula dengan genre balada. Saya harap lagu ini dapat mengubat rindu peminat yang menunggu lagu balada daripada saya,” katanya.

Menurut Farah, lagu Tak Terganti adalah nukilan khas yang ditujukan buat arwah bapanya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia pada 2020.

“Satu hari semasa menjalani penggambaran dalam fasa Covid-19, saya duduk dalam satu hotel di Kuala Lumpur. Ada satu saat waktu sedang mandi melodi itu tiba-tiba datang. Sebab itu melodi asal lagu ini ada bunyi air sekali.

“Kemudian, saya keluar untuk ambil telefon. Saya menangis semasa mendendangkan melodi itu walaupun tak ada lirik sebab rasa sayu teringat arwah.

“Setiap hari saya cuba mencari perkataan yang betul untuk lirik ini berdasarkan perasaan saya terhadap ayah. Memang mustahil untuk saya rangkumkan semua perasaan dalam satu lagu. Tapi ia sedikit sebanyak apa yang dapat saya kongsikan.

“Sekurang-kurangnya ada juga memori sebuah lagu yang saya perah cipta. Ia memori yang sangat baik untuk disimpan selamanya,” katanya.

Tambah Farah, ia dihasilkan awal tahun lalu dan siap dirakam hujung tahun lalu.

“Untuk menyiapkan melodi itu saya rasa tak sampai sebulan. Kemudian lirik dalam seminggu. Selepas itu, rakaman pada hujung tahun lalu, Cuma baru sekarang ia dilancarkan. Secara jujur saya tak ada minta pandangan daripada mana-mana komposer.

“Cuma bila digabungkan kesemuanya saya hantar kepada beberapa orang seperti pengurus saya dan mereka semua suka. Dalam pada itu, saya ada minta bantuan Rudy Nastia untuk membuat susunan semula lagu ini,” katanya.

Farah turut berkata, lagu Tak Terganti juga menjadi lagu yang paling lama dirakamkan sepanjang pembabitnya sebagai penyanyi.

“Dalam 18 tahun merakam lagu, selalunya saya ambil masa sekejap saja dalam dua jam dah selesai sebab saya seorang yang cepat dalam studio. Tapi lagu ini makan masa paling lama dan susah untuk disampaikan. Saya rasa dalam lima hingga enam jam juga tempoh rakaman,” katanya.

Selain lagu yang dihasilkan sepenuhnya, jalan cerita video muzik (MV) Tak Terganti juga adalah idea daripada Farah sendiri.

“Muzik video ini pun jalan ceritanya daripada saya. Sebab pasukan saya mencadangkan supaya teruskan untuk muzik video pula alang-alangkan lagu adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya.

“Saya sangat teruja dan mengharapkan peminat akan suka lagu ini. Saya mengharapkan juga sokongan daripada semua orang.

“Orang yang pernah kehilangan bila dengar lagu ini dia akan dapat rasa apa yang saya rasa. Tak kisah hilang mak ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau kawan. Jadi, harapan saya besar untuk lagu ini,” kata Farah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!

Trending Sun, 6 Oct 2019

Ambil Perhatian Lokasi Pelancongan Hanoi Kawasan Bebas Rokok

Destinasi Pelancongan Di Hanoi Jadi Kawasan Larangan Merokok

Trending Tue, 27 Oct 2020

Harga Terbaharu Pelitup Muka Berkuatkuasa Ahad Ini

Tidak ada lagi alasan selepas ini…

Trending Fri, 15 Nov 2019

24 Maut Akibat Dipanah Petir Di Selatan Pakistan

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh selatan Pakistan dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat. Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di  beberapa […]

Featured Mon, 28 Aug 2023
Trending Tue, 22 Oct 2019

This South Korean Formula in Calculating Your Alleged “Ideal Weight” Got Internet Dumbfounded

South Korea’s beauty standard has always been a quite controversial topic, but this particular one is really kind of genius?

familuv Tue, 20 Nov 2018

5 Kelebihan Bermain Bersama Anak Yang Anda Tak Tahu Selama Ini!

Hargai anak anda kerana mereka tak akan kecil selama-lamanya!

Trending Mon, 25 Feb 2019

Malaysia menjadi sasaran utama pedofil asing, ini cara anda untuk mengubahnya!

Sikap rakyat Malaysia sendiri adalah antara punca perkara ini berlarutan.