Trending By: Maya Basir April 17, 2022 @ 1:33pm

Takut Akan Dibawa Ke Balai Polis Kerana Enggan Bayar Tambang, Remaja Perempuan Kelar Pemandu E-Hailing

Pemandu e-hailing mengalami kecederaan di leher selepas dikelar dengan pisau lipat oleh seorang remaja perempuan kerana enggan membayar tambang berjumlah RM400 dalam kejadian di Jalan Kovil Hilir, Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kejadian daripada lelaki berusia 63 tahun itu pada jam 2.55 pagi Rabu lalu.

Menurutnya, siasatan dilakukan mendapati mangsa mengambil penumpang berusia 16 tahun di Sagil, Tangkak, Johor yang menggunakan aplikasi e-hailing.

“Sebaik tiba di destinasi di Jalan Kovil Hilir, mangsa meminta remaja itu membayar tambang yang dipersetujui berjumlah RM400.

“Namun remaja itu enggan membayar kerana tidak mempunyai wang dan mangsa membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis.

“Takut akan tindakan mangsa itu, suspek bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau lipat lalu melarikan diri. Suspek meninggalkan pisau di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beh berkata, mangsa dalam keadaan cedera kemudiannya memandu ke Balai Polis Sentul meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Tindakan dan siasatan telah dilakukan, polis akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah premis perniagaan di Jinjang, pada jam 4.55 petang semalam.

Tambah beliau, polis merampas telefon bimbit suspek dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat dan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Ahmad Dhani, Once, Ari Lasso Terbang Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert Reunion Dewa 19

Lebih menarik lagi tiket yang mula dijual mulai 7 November 2018  pukul 10 pagi ini akan diberi 10 peratus diskaun untuk jualan EARLY BIRD untuk tempoh 48 jam!

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Syukur…Isteri Mula Bertudung’- Nabil Ahmad

Nabil Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menghakimi niat baik wanita yang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Featured Thu, 16 Dec 2021

Buli Junior Sehingga Bengkak Rusuk, 5 Pelajar Lelaki Ditahan

Polis telah menahan lima remaja lelaki berumur 16 tahun di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan daerah Johor Bahru kerana mereka dipercayai terlibat dalam kes buli seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar

Featured Tue, 7 Jun 2022

[VIDEO] “Bagai Pinang Dibelah Dua…” – Nampak Sweet Bersama, Netizen Cuba Jodohkan DSV & Michael Ang

Apa salahnya kalau berjodoh kan… Lagipun dua-dua tengah single lagi 🤭

Featured Thu, 4 Feb 2021

“Ya Allah.. Kesiannya Tengok” – Netizen Sayu Lihat Keadaan Gadis Menderita Serebral Palsi

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis berusia 20 tahun yang menderita penyakit serebral palsi  dan epilepsy. Foto tersebut dikongsi oleh ribuan orang ramai yang turut bersimpati

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Tahniah! Nabil Ahmad Bakal Dapat Anak Ketiga

Isterinya, Zira Ayub disahkan hamil di mana berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram milik pasangan ini semalam.

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023

| Live TV