Umum sedia maklum, Pengeluaran Khas bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun diterima oleh sebilangan ahlinya namun, masih terdapat segelintir ahli yang masih tidak menerima bayaran disebabkan mereka memohon selepas tarikh 28 April 2022.
Oleh itu, berikut merupakan tarikh bayaran Pengeluaran Khas bagi permohonan selepas 28 April 2022.
Tarikh permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Ahli KWSP diingatkan untuk membuat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka iaitu;
- 1 April 2022 sehingga 30 April 2022
Tarikh bayaran Pengeluaran Khas selepas 28 April 2022
Bagi permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat dari 28 April 2022 dan ke atas, pembayaran hanya boleh dibuat pada;
- Bermula 5 Mei 2022
Permohonan & Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas
Permohonan dan semakan status boleh dibuat melalui portal Pengeluaran Khas di laman pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan anda boleh merujuk panduan lengkap permohonan SERTA membuat semakan status Pengeluaran Khas KWSP.
Terdahulu, kerajaan telah membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas KWSP, ahli boleh layari laman rasmi KWSP di pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Sumber:KWSP