Trending By: Maya Basir July 7, 2022 @ 7:25pm

Terkena Jangkitan Paru-Paru, Hampir Sebulan Bayi Perempuan Sheera Iskandar Dirawat Di Hospital

Bayi sulung kepada pelakon Sheera Iskandar terpaksa dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman paru-paru.

Memetik laporan mStar, Sheera atau nama sebenar Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memberitahu anaknya, Puteri Long Harrisaa mendapatkan rawatan di Hospital Kajang sejak 9 Jun lalu.

“Selepas bersalin seperti biasa akan ada check-up untuk bayi dan ibu, dari situ dapat tahu bayi kami demam panas dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Memang terseksa rasanya berjauhan dengan anak sendiri selepas bersalin. Apa lagi keadaannya di hospital ketika menerima rawatan.

“Disebabkan masih bayi, pihak hospital perlu masukkan tiub untuk bantuan oksigen dan ubat. Tak dapat saya bayangkan bagaimana bayi yang baru lahir menerima rawatan sebegitu,” katanya.

Pada masa sama, Sheera juga perlu memikirkan kesihatan dan emosinya yang belum stabil lebih-lebih lagi dia baru sahaja lepas bersalin.

Disebabkan dirinya masih dalam tempoh berpantang, Sheera terpaksa membataskan pergerakannya dan hanya dapat melihat gambar anak kesayangannya di hospital.

“Saya pun tak boleh selalu keluar rumah sepanjang anak berada di hospital kerana masih berpantang, jadi hanya boleh melihat gambar sahaja.

“Saya sentiasa berfikiran positif dan kuatkan semangat. Dalam fikiran saya perlu sihat untuk menjaga anak,” ujarnya.

Sheera bersyukur bayinya sudah boleh pulang ke rumah sejak 1 Julai lalu namun mengakui masih fobia untuk membawa anaknya keluar dan berjumpa dengan ramai orang.

“Selepas bersalin pun saya tidak berjumpa ramai orang. Jadi tidak tahu bagaimana anak boleh terkena jangkitan paru-paru.

“Syukur anak kami semakin sihat dan sekarang hanya lakukan pemantauan di rumah sahaja. Rasa fobia nak bawa anak keluar itu masih ada,” kata Sheera.

Sheera dan suami, Mohd Halim Abdul Ghani mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021 dan dikurniakan cahaya mata pada 22 Mei lalu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Featured Thu, 18 May 2023
#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Jangan Samakan Saya Dengan Usop’- Heedan Mohamad

Saya ada bakat tersendiri yang mahu dipersembahkan dan tidak mahu dianggap cuba tumpang populariti penyanyi lain

Featured Wed, 29 Jun 2022
Trending Wed, 18 Sep 2019

“Sampai Bila Nak Tunding Jari?”-Perang Jerebu Semakin Parah, Apa Solusi Malaysia Dan Indonesia?

Sampai billa rakyat Malaysia perlu menanggung derita akibat tindakan melampau negara Indonesia?