Trending Hari Ini By: Ad Ops April 10, 2018 @ 10:48am

Tiada Ibu Yang Sempurna, Hanya Ibu Yang Sejati – Lady’s Choice

Hari ini, jenama mayonis terkenal di Malaysia, Lady’s Choice telah melancarkan kempen kesedaran ‘Ibu Sejati’ untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap stereotaip ibu sempurna. Objektif utama kempen ini adalah untuk membawa mesej “tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati.” Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan. 

Menurut Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Shiv Sahgal berkata, peranan seorang ibu itu sangat besar terutamanya ibu-ibu pada hari ini.

peranan seorang ibu telah berubah dengan tanggungjawab yang lebih besar dalam persekitaran yang pantas hari ini – terutamanya bagi mereka yang perlu mencari keseimbangan antara kerjaya, menjadi isteri yang bertanggungjawab di samping membesarkan anak-anak, dan juga meluangkan masa untuk diri sendiri.  “Walaupun berguna, sumber inspirasi yang boleh didapati di Internet kadang-kala boleh meningkatkan tekanan daalm kalangan ibu bapa. Ini boleh menimbulkan keresahan di mana mereka merasakan bahawa mereka masih tidak melakukan yang secukupnya untuk anak-anak mereka“. Katanya

 

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Microsoft Digital Mum Survey (2005), 84 peratus daripada ibu-ibu di asia sering menggunakan internet sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Maka, secara tidak langsung, keadaan ini boleh mendedahkan ibu-ibu kepada tekanan sosial apabila kemahirankeibubapaanan pilihan mereka sering dipertikaikan.

Jenama ini juga turut menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia untuk melengkapi sarapan mereka dengan lazat dan berkhasiat.

“sebagai jenama mayonis No. 1 yang dipercayai oleh berjuta-juta rakyat Malaysia, kami berada di kedudukan yang sesuai untuk mendorong perbualan ini. ‘Ibu Sejati’ menggalakkan para ibu untuk menerima hakikat bahawa ibu yang sempurna tidak wujud, malah lebih penting untuk menjalani kehidupan sebenar dan menunjukkan kasih sayang mereka, walaupun hanya melalui sarapan mudah yang lazat dan berkhasiat. Kami di Lady’s Choice mahu memainkan peranan proaktif untuk memberi inspirasi dan menyediakan penyelesaian kepada semua ibu.”  Jelasnya.

Dengan penampilan baharu dalam botol cantik dan mudah, mayonis Lady’s Choice tetap menjadi penyelesaian yang mudah dan  sesuai bagi menyediakan sandwich yang enak serta berkhasiat. Selain itu, mayonis Lady’s Choice juga diperbuat daripada 100% ramuan sebenar dan kaya dengan Omega-3 dan mampu membantu ibu menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak mereka.

Bagi menjayakan kempen ni, pihak Lady’s Choice telah menjalinkan kerjasama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk meluaskan jangkauannya dan melibatkan berjuta-juta ibu menerusi platform televisyen terkemuka.

Dan, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak berkata, usaha ini memberikan hasil yang paling kreatif disamping membawa mesej yang begitu bermakna diseluruh negara.

“Daripada semua usaha sama kami dengan jenama Unilever sejak bertahun-tahun, kerjasama kali ini memberikan salah satu hasil yang paling memuaskan dari segi kreatif. Kempen ‘ibu sejati’ membawa mesej yang bermakna dan patut dihayati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh negara.” Katanya

Kempen ini akan berlangsung bermula dari bulan April sehingga September 2018. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah layari laman web rasmi mereka. 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Bayangkan kalau abam letak Siti Kasim sebagai heroin, korang sanggup setia tengok sampai episod 15 tak?

Contest Sat, 19 Oct 2019

Tak Sia-Sia Datang Dari Jauh, Jom Menang Kereta Milik Nor Azlan

Selepas beberapa kali cubaan menyertai peraduan cabutan bertuah, tuah menyebelahi bapa dua anak, Nor Azlan Mohd Nor apabila terpilih sebagai pemenang Jom Menang Kereta, tahun ini. Kata Azlan, ini merupakan kali pertama dia menerima ‘rezeki […]

Featured Sat, 4 Feb 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Sat, 9 Nov 2019
Hiburan Wed, 23 May 2018

Puteri Aishah Didakwa Popular Kerana Kisah Peribadi?

Pelakon ini menolak dakwaan tersebut sama sekali apabila beliau menyatakan bahawa, beliau dikenali disebabkan watak yang dibawanya dalam filem mahupun drama lakonannya

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019

Experience Art & Cultures by Katja Loher During Your Stay at The House Collective

It’s a special type of experience indulging in art and fine hotels.

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Dah Kena Tinggal, Baru Nak…” – Netizen Salahkan Rossa Sera, Tak Jaga Penampilan Didakwa Punca Shuk Sahar Curang

Itu alasan cliche… kalau nak tinggal memang akan tinggal jangan beri alasan mengarut!