Events By: Salma Syahbuddin May 9, 2022 @ 3:14pm

“Tidak Mahu Tekanan, Saya Cuma Nak Fokus Waktu Itu Sahaja ” – Pamer Aksi Cemerlang, Dhabitah Sabri Hadiah Emas Pertama Buat Negara

Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri mempamerkan aksi cemerlang apabila menepati ramalan menjadi penyumbang emas pertama selepas mengungguli acara 1 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik My Dinh, Vietnam pada Ahad.

Pemenang empat emas temasya dwitahunan itu sebelum ini membuktikan dia berada pada kelas tersendiri apabila mengumpul mata keseluruhan sebanyak 290.45 mata.

Bagaimanapun, gadis berusia 22 tahun yang tidak lekang dengan senyuman ini mengakui berasa sedikit gementar sebelum memulakan acaranya memandangkan hampir sembilan bulan tidak beraksi dalam saingan kompetitif di pentas antarabangsa.

“Saya gembira dengan kejayaan ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya ambil serius semua kejohanan yang saya sertai termasuklah Sukan SEA.

“Sebenarnya saya agak gementar sebelum turun beraksi kerana ini adalah kejohanan antarabangsa pertama selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Ogos tahun lalu).

“Selain itu, saya mahu fokus dengan prestasi saya dan mahu berikan prestasi terbaik untuk diri saya,” katanya.

Tambahnya lagi, pingat emas bukanlah fokus utama beliau untuk beraksi pada Sukan SEA ke 31  kali ini memandangkan dia enggan meletakkan sebarang tekanan ke atas dirinya.

“Saya cuma nak fokus pada waktu itu saja (acara), tak nak fokus tentang emas atau apa-apa perkara lain selain daripada persembahan saya dan tak kisah, janji yang menang (pingat emas) dari Malaysia,” jelasnya.

Selain itu, Nur Dhabitah juga akan menggalas cabaran negara beraksi dalam acara 10 meter platform seirama wanita bergandingan bersama ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg.

 

Sumber: BH, Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 22 May 2018

Air Mata Jatuh Disebabkan Skandal 1MDB

Niat saya bukan untuk balas dendam tetapi demi negara dan memulangkan wang rakyat mengikut lunas undang-undang…

Events Fri, 6 Sep 2019

Menangi Wang Tunai RM 10K Di Karisma Jelajah Suria!

Nak menang duit? Jom ramai-ramai serbu i-City Shah Alam Sabtu ni!

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Tue, 29 Jun 2021

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Mulai 12 Julai 2021

Umum maklum, kerajaan telah mengumumkan pengeluaran KWSP iaitu sebanyak RM 5,000 kepada semua pencarum melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara permohonan i-Citra. Apakah i-Citra […]

Events Fri, 23 Sep 2022

Suami Belikan Ifa Raziah Barang Kemas Cecah RM100,000 Hadiah Birthday – “Handbang Saya Dah Terlalu Banyak…”

Amboiiii banyaknya handbag, banyaknya emas && banyaknay bodyguard kak Ifa😱