Trending By: Maya Basir April 26, 2022 @ 2:15pm

Tol Percuma, Diskaun Pergi dan Balik Sempena Sambutan Aidilfitri

Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya hujung bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara – Selatan.

Selain itu, tawaran tersebut turut melibatkan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan sembilan jaringan lebuh raya akan terlibat dalam inisiatif itu.

Tawaran tol percuma itu diberikan kepada semua kelas kenderaan dan akan bermula pada pukul 12 tengah malam, 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam, 1 Mei (Ahad).

“Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara – Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.

“Ia bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11.59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

“Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Menurut Ismail Sabri, keputusan dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

“Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuhraya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.

“Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif ini diambil bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah dimana impak pandemik menjejaskan sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:

1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL – Karak (KLK)

Berikut adalah senarai yang menawarkan diskaun 30 dan 50 peratus:

10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

11. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

15. Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

17. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Featured Sat, 30 Apr 2022

“Tiba-Tiba Check Akaun, Kosong! – Cik Jenny Menangis Duit Simpanan Dalam Akaun Lesap Dikebas Bekas Kekasih

Girls! Bercinta jangan sampai share hal peribadi macam ni… Ambil kisah Cik Jenny ni sebagai pengajaran dan hati-hati dengan sesiapa pun

Trending Sat, 19 Jun 2021
Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Kemelut Selesai…Vida Pamer Barang Kemas Untuk Aishah!

Vida memasukkan dua batu berlian 1 karat potongan bulat bernilai RM 27,100 dan 0.70 karat berlian potongan `puteri’ bernilai RM12,920 ke balang makanan ringan produk miliknya.

Featured Sun, 13 Aug 2023
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Sumpah Saya Tak Ingat’- Radhi OAG Lupa Frasa Cerai

“Saya berharap dia jujur kepada mahkamah kerana proses ini sangat rumit. Malah, saya juga terikat dengan komitmen kerja,” kata Ayu.

Trending Mon, 18 Feb 2019