Kedatangan Ramadan kali ini nampaknya cukup berbeza terutamanya di Negeri Sembilan apabila penduduknya terpaksa melupakan sementara tradisi mendapatkan daging yang biasa didapati di tepi jalan.
Ekoran wabak Covid-19, tradisi mantai atau melapah daging sebelum Ramadan tahun ini tetap diteruskan namun dengan cara berbeza apabila perlu mengikut prosedur PKP.
Penyembelihan haiwan akan dilakukan di premis sembelihan yang ditetapkan pihak berkuasa sebelum daging dihantar ke rumah pelanggan. Pelanggan pula akan menerima bekalan daging secara tempahan dengan khidmat penghantaran ke rumah.
Khidmat Penghantaran Tanpa Cas Bayaran
Menerusi laporan Buletin TV3, peniaga daging Mohd Reduan Zamri berkata, mereka menggalas tanggungjawab dengan memberi perkhidmatan penghantaran secara percuma kepada pelanggan.
Walau bagaimanapun, peniaga tidak akan mengambil kesempatan menaikkan harga daging namun terpulang kepada penjual untuk mengenakan cas penghantaran.
Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?
Kredit: Youtube Buletin TV3