Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2022 @ 3:41pm

Tragis! Ibu Dirog*l Berkali-Kali Sebelum Leher Dikelar & Ditanam Dibelakang Rumah

Seorang wanita Ukraine didakwa diculik dan dirogol berulang kali oleh anggota batalion Republik Chechnya.

Lebih mengerikan apabila suspek sanggup mengelar leher mangsa sebelum bertindak menanam mayat wanita itu di belakang rumahnya.

Memetik laporan dailymail,

mangsa yang dikenali sebagai Tetiana Zadorozhniak telah diculik oleh anggota batalion tersebut ketika sedang mengemas untuk mengosongkan rumahnya yang terletak di Makariv, Kyiv.

Malah, ibu kepada dua orang ini juga turut dijadikan tahanan selama beberapa hari sebelum dirogol oleh anggota tersebut disebuah rumah kosong yang terletak 30 batu dari Kyiv.

Bukan itu sahaja, mangsa turut didera dengan kejam sebelum lehernya dikelar oleh anggota batalion tersebut.

Difahamkan, mayat Tetiana kemudian dikebumikan di halaman belakang rumah berkenaan sekitar 15 Mac lalu.

Bagaimanapun, menurut seorang saksi anggota batalion yang bertindak menculik, merogol dan membunuh mangsa kemudian telah dibunuh oleh pegawai yang lain.

Terdahulu, viral beberapa buah video dan foto yang memaparkan keadaan didalam rumah dimana tempat Tetiana dikurung dimana, kelihatan juga sehelai cadar yang berlumuran darah berada dilokasi kejadian.

Menurut beberapa sumber, jiran tetangga yang melihat kejadian itu tidak dapat menolong mangsa disebabkan mereka juga telah ditahan dan diugut tembak sekiranya meninggalkan rumah masing-masing.

 

Sumber: Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Apr 2020

Formula KKM berkesan, tiada lengkungan ketara dicatat

Pemantauan berfokus bagi kawal jangkitan

Trending Thu, 23 Apr 2020
Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Sophia Fredskild Mahu Tulis Lagu Untuk Penyanyi Lain

Selepas Menanti Cinta, Sophia bakal keluar dengan single seterusnya pada 29 Mac berjudul Cinta Selamanya.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!