Events By: Salma Syahbuddin January 20, 2023 @ 7:39pm

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Selepas tampil dengan kenyataan menafikan dirinya telah menarik diri dari kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, peguamnya Nurul Hafidzah Hassan sekali lagi dilihat bersama anak guamnya itu menghadiri malam gala tayangan filem berjudul Eva yang berlangsung baru-baru ini.

Malah, foto yang tular di media sosial memperlihatkan kedua-duanya sedang merakamkan gambar bersama-sama mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam dan beberapa aktivis Justice For Bella termasuklah selebriti, Iesya Toh.

Berdasarkan muat naik menerusi Instagram Stories (IGS),Che Puan Khaleeda meluahkan rasa kesal dan marah terhadap pihak yang terlibat, malah berharap agar hakim yang mewakili kes Bella dapat melihat sendiri kepalsuan yang ditunjukkan oleh individu tersebut.

“I detest them to the core. Saya harap hakim dapat melihat penipuan mereka,” tulisnya.

Sementara itu, hantaran tersebut turut dimuat naik semula oleh selebriti dan pengacara, Iesya Toh bersama aktivis Justice For Bella, iaitu Firdaus Ashaj menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, saudara Firdaus juga ada memuat naik hantaran di media sosial miliknya, berharap agar keadilan berpihak kepada Bella walaupun pelbagai drama dan ‘penipuan’ berlaku dalam kes perbicaraan melibatkan kanak-kanak istimewa berusia 14 tahun itu.

“It’s okay adik Bella. Biarkan mereka ketawa sekarang. Biarkan mereka seronok dan memperbodohkan keadilan awak sekarang.

“Cepat atau lambat, Tuhan yang akan tentukan. Kami tetap bersama adik Bella tidak kira apa pun yang berlaku.

“Adik Bella sabar tau. Insya-Allah waktunya akan sampai. Sabar sikit je lagi. Okay sayang,” katanya.

Terdahulu, Hafidzah Hassan membuka mulut menerusi kenyataan balas di ruangan komen sosial media miliknya bahawa, penarikan diri peguam adalah perkara biasa dalam istilah undang-undang.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Ashaj (@firdausashaj)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Sep 2021
Trending Sun, 21 Aug 2022

“Adakah Ini Mainan Tidur Atau…” – Atiq Azman Mimpi Kena Sihir Dua Kali

Nama Atiq Azman sering menjadi perhatian warganet terutamanya di kalangan peminat remaja dek kerana memiliki wajah yang tampan dan bakat lakonan yang tidak kurang hebatnya. Terbaru, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu ada memuat

Featured Tue, 22 Nov 2022

Jawab Persoalan Warganet, Aliff Syukri Kemukakan Manifesto Jika Jadi Perdana Menteri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri. Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15

Featured Tue, 24 Mar 2020
Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Sweet Ismail Izzani, semoga cepat sembuh!

Featured Sun, 30 Dec 2018
Hiburan Thu, 27 Jun 2019
Featured Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Dengar Ni Baba Nak Pesan’…Korang Dah Layan ‘Yang Mano’ Ke Belum?

Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup di mana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya.

Trending Tue, 2 Feb 2021

| Live TV