Trending By: Maya Basir June 26, 2022 @ 1:41pm

“Untung Siapa Dapat Dia…” – Nazim Othman Puji Ruhainies Pandai Ambil Hati

Pelakon Nazim Othman mengakui Ruhainies pandai ambil hatinya semasa di set pengambaran drama terbaru mereka berdua.

Menurut Nazim, dia bersyukur dapat berlakon bersama Ruhainies kerana banyak membantunya bagi menghidupkan watak dan ‘scene’ di dalam drama tersebut.

“Ruhainies suka kacau saya, secara tak langsung membantu untuk menghidupkan scene-scene antara kami berdua.

“Dia ada kacau orang lain juga, jadi bila spontan dia jadi lebih hidup,” kata Nazim.

Pada masa sama, Nazim memberitahu Ruhainies seorang yang prihatin dan sentiasa menggembirakan suasana di set penggambaran.

“Untung siapa dapat dia sebab dia pandai ambil hati.. Nazim nampak macam lapar tu, mula lah dia buat lawak dia jadi kita pun happy senanglah untuk kita bekerja bersama,” kata Nazim lagi.

Nazim dan Ruhainies ditemui semasa sidang media drama terbaru mereka iaitu, Sorry Naik Lori kolaborasi bersama iQIYI di studio set pengambaran di Hulu Langat.

Berkongsi tentang watak yang dilakonkan, Nazim menyedari ada sifat karakter itu di dalam dirinya dan mendedahkan tidak ramai yang tahu sisi ‘gila-gilanya’ itu.

Pada masa sama, Ruhainies berkongsi bahawa untuk membawa watak komedi adalah lebih sukar berbanding membawa watak beremosi.

“Nak bawa watak kelakar lagi susah daripada drama-drama yang beremosi sebab hari-hari kita bermain dengan emosi, marah, sedih tapi nak bagi orang gelak tu yang susah sebenarnya,” kata Ruhainies.

Drama komedi Sorry Naik Lori yang bakal ditayangkan di platform iQIYI ini mengisahkan tentang suami isteri iaitu Khairul (Nazim Othman), pemandu lori dan Nadia (Ruhainies) yang mempunyai impian untuk menjadi ‘influencer’. Satu hari satu video yang dimuat naik Nadia di NikNok menjadi viral lalu mendapat tawaran daripada agensi pencari bakat.

Sementara itu, keazaman Khairul untuk mencari pendapatan tambahan mendapat tentangan daripada pembuli di tempat kerjanya. Kejadian ini menyebabkan Khairul rasa tidak selamat dan hubungan mereka menjadi renggang.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah, Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan.

Sorry Naik Lori juga pastinya akan membuatkan penonton terpikat dengan kepelbagaian jakan cerita dan pembangunan karakter para pelakon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

Featured Mon, 15 Nov 2021

Penerbit Cukup Derita Itu Mohon Kerajaan Benarkan Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit popular, Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberikan kelonggaran untuk pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam penggambaran drama. Mengulas berkenaan isu pelakon kanak-kanak yang tidak dibenarkan datang ke set penggambaran […]

Trending Wed, 25 Nov 2020
Trending Wed, 4 Apr 2018

平均71岁CS电竞「白发战队」秒电爆鲜肉

谁说游戏只能年轻人玩?瑞典一支平均年龄71岁电竞战队伍「银色狙击手」(Silver Snipers),虽然头发早已苍白、满脸皱纹,但只要坐上电脑前瞬间霸气外泄,立刻震慑敌队的年轻人。

Trending Fri, 20 Nov 2020
Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kongsi Gambar ‘Baby Bump’, Juliana Evans Bakal Jadi Ibu

Alhamdulillah! Semoga urusan melahirkan anak sulung nanti dipermudahkan oleh Allah SWT, Amin…

Selebriti Wed, 13 Sep 2023