Trending By: Maya Basir June 27, 2022 @ 2:59pm

[VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Bekas pengurus peribadi (PA) pelakon veteran, Mak Wan Latah, yang dikenali sebagai Amell tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon tersebut.

Menerusi video-video tular yang dimuat naik di TikTok milik Amell, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau nama sebenar Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, sedang melakukan satu upacara aneh yang dianggap bertentangan dengan agama Islam.

Terdapat satu video, terlihat seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak mengenakan tudung, sedang menyeru sesuatu.

“Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka,” kata wanita dalam video itu.

@official_amell77 Balas kepada @acik.moy ♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ

Memetik laporan mStar, video tersebut sudah lama disimpan, tapi Amell mengambil pendekatan untuk menyimpan rahsia tersebut kerana sudah menganggap Mak Wan sebagai ibunya sendiri.

Namun, dia membuat keputusan untuk mendedahkan video itu kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan Mak Wan.

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia dikatakan dibuang keluarga sendiri.

“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” katanya.

Selain itu, Amell turut membuat satu laporan polis berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya dan akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan barang kemasnya.

Sebelum ini, nama Mak Wan pernah menjadi sebutan selepas rumah tangga yang dibina bersama Husain Dollah hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Betul Ke Pasya Dan Zaim ‘Anak Emas’ Mentor 7?

Betul lah, min rasa pun pasya dan zaim asyik dapat lagu yang sesuai dengan vokal diorang je kan?

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Tahniah Black! Akhirnya Dayyan Dah Dapat Adik

Selamat berpantang buat Cira!

Trending Tue, 26 Mar 2019

Pelajar Malaysia Ditemui Mati di Hyde Park London

Bapa Allahyarham hanya dimaklumkan jenazah anak dikenal pasti melalui kad pelajarnya. Al- Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Zainal…

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Kilafairy Kini Popular Di Pentas Antarabangsa?

Kilafairy, 26 berkata beliau sama sekali terkejut apabila mendapat tahu bahawa lagunya itu telah menduduki carta pertama iTunes di Papua New Guinea sejak dilancarkan pada 16 Februari lalu

Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

’Naik Hantu’ Atas Pentas BBB2019, Izzue Islam Buka Mulut!

Korang tengok tak babak di mana Izzue tiba-tiba turun stage sebab tak puas hati dilempar telur. Mengamuk betul-betul atau…?