OMG By: Maya Basir June 26, 2022 @ 1:52pm

[VIDEO] “I Did Not Breach The Contract” – Amelia Henderson Jawab Dakwaan ‘Fitnah’ A. Aida

Pelakon, pengacara dan model Amelia Henderson, akhirnya tampil memberi penjelasan tentang isu penarikan diri yang didakwa di sidang media yang diadakan oleh penerbit drama Datuk A. Aida, pada Jumaat lalu.

Amelia berpendapat, perkara tersebut sepatutnya boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media dan orang ramai.

Menerusi perkongsian video di Instagram milik Amelia, dia memberitahu tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya adalah sangat tidak berasas dan tidak benar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝕬𝕸𝕰𝕷𝕴𝕬 (@ameliath)

Amelia menjelaskan dia tidak melanggar kontrak kerana sebelum menandatangani kontrak tersebut, dia masih belum menerima skrip lengkap.

“I understand the contract, tapi I did not breach it. We signed the contract in February and according to my notes it (pengambaran) supposed to be on 20th May until 17th of August and apabila Ame signed contract tu, Ame belum dapat full script ataupun any finalised dates,” katanya.

Pada masa sama, Amelia mendedahkan penggambaran sepatutnya bermula sebulan yang lalu namun sudah melebihi tarikh yang dipersetujui di dalam kontrak.

“There was a script reading pada 12 Jun, pada hari script reading, kami masih belum tahu bila shoot ni nak start and dah delayed hampir sebulan pada masa tu.

“And we were still in the middle of discussing the ending date juga sebab dia dah melebihi tarikh kontrak yang dah dipersetujui oleh kedua belah pihak,” katanya.

Menurut Amelia, mustahil untuknya memahami semua isi kandungan skrip dalam masa tiga hari.

“The script reading was on the 12th, Tapi Ame hanya dapat full script tu on the 9th of June, tiga hari sebelum script reading tersebut.

“Dan Ame percaya dalam masa tiga hari untuk baca semua 28 episod, tidak cukup masa untuk memahami content skrip tersebut,” katanya.

Tambah Amelia, pada hari ‘script reading’, ianya bukan ‘script reading’ namun hanya sekadar perbincangan produksi dimana ada sesi perkenalan dan ringkasan watak bersama pelakon lain.

Pada awalnya, Amelia sangat teruja setelah menerima sinopsis watak yang akan dilakonkan dan mengatakan dia tidak sabar untuk bekerja sekali lagi dengan syarikat produksi itu.

“When I first sign the contract in February, saya diberitahu watak yang saya pegang dalam cerita ni is a strong female lead and that’s going to be women empowering role yang semestinya Ame sokong, I thought it was great, I was so excited tapi bila dah baca script, I dapat tahu that is not the case.

“In fact, this script, jalan cerita dan dialogue have many points mengenai domestic violent and other misogynistic (menindas wanita) issues yang buatkan Ame rasa sangat stress dan risau.

Amelia menjelaskan sebagai seorang pelakon, dia bertanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Skrip yang diterima juga tidak bersesuaian dengan pegangan dan kepercayaannya sebagai seorang wanita.

“Ame faham tanggungjawab Ame sebagai pelakon adalah untuk menjiwai watak yang diberi, but at the same time sebagai seorang pelakon atau public figure, Ame dan rakan-rakan artis lain ada tanggungjawab juga untuk set a good example untuk beri kesan positif kepada masyarakat.

“Bila Ame baca script ni, it fundamentally went against my principle belief and I couldn’t accept it. And worst, ia tak sama dengan apa yang di brief masa Ame terima kerja ni. As a woman, I tak boleh nak menjiwai watak ni and it is not what I’ve agreed to,” kata Amelia lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminatnya turut memberikan kata-kata sokongan dan mendoakan semoga dia kuat menghadapi ujian ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

‘If We Are Getting Old’, Hadiah Shila Untuk Suami

Lebih menarik, majlis resepsi ini turut memberi kejutan buat Shila dengan persembahan oleh kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu buat pasangan pengantin!

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Trending Sat, 10 Mar 2018

Pemulihan Bekalan Air Perlahan, Penduduk Lembah Klang Sabar ya!

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat pukul 7 pagi ini peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang terkesan adalah sebanyak 73 peratus.

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Tiz Zaqyah Kecewa Dengan Mentaliti Pengotor

Siapa tidak sedih dan kecewa, kalau tempat yang pernah memberi ketenangan, kini penuh sampah sarap dan bunyi bising lagu dangdut. Perasaan itulah diluahkan pelakon jelita, Tiz Zaqyah di Twitternya selepas melawat pulau pelancongan popular Langkawi, minggu […]

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

BILA OTAI DAH BERSUARA, ‘SEBAB KORANG, KAMI MERANA’

Dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan!

Hiburan Fri, 8 Nov 2019