[VIDEO] Merdunya Laungan Azan Taufik Batisah… Inisiatif Anak Muda, #GengSubuhMacamJumaat Jadi Ikutan Di Singapura

Kempen #GengSubuhMacamJumaat semakin mendapat perhatian ramai apabila usaha murni itu kini turut menjadi ikutan di negara jiran, Singapura.

Julung kali diadakan di Masjid Mujahidin, inisiatif yang dianjurkan anak muda menerusi syarikat Al Fajr itu turut menampilkan penyanyi, Taufik Batisah.

Menerusi perkongsian di Instagram, sepotong rakaman video memaparkan Taufik melaungkan Azan Subuh di masjid tersebut.

Ternyata perkongsian tersebut menarik perhatian ramai apabila inisiatif tersebut terus disambut baik oleh warga Singapura.

Terdahulu, Al Fajr turut sukses apabila berjaya menarik 3,000 jemaah dalam kempen sama di Masjid Yusof Ishak, Singapura.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata meluahkan rasa teruja dan gembira apabila inisiatif tersebut mendapat perhatian ramai.

Malah, selebriti yang juga pencetus kempen #GengSubuhMacamJumaat iaitu Alif Satar turut berharap akan ke Kota Singa kelak bagi sama-sama menyertai.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat yang digerakkan Alif mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 3,000 jemaah.

#GengSubuhMacamJumaat adalah inisiatif Alif Satar untuk memupuk orang ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah di masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Terharu 3,000 Jemaah Sertai #GengSubuhMacamJumaat, Siap Buat Larian… Menteri Pun ‘Join’ & Puji 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Jangan Rasa Diri Kau Paling Betul” – Yusuf Bahrin Selar Tindakan Individu Persoal Kempen #GengSubuhMacamJumaat

Video Oleh: @heyhamdan

Khairil Khusyairi