Featured By: Attiqah Mohd July 5, 2021 @ 5:08pm

Wajar Percepatkan Proses Permohonan i- Citra, Benarkan Pengeluaran Lebih Tinggi

Isu i-Citra masih lagi menjadi perbincangan hangat rakyat di laman sosial. Walaupun kerajaan telah membenarkan pengeluaran sebanyak RM 5,000 berkala namun rata ratanya berpendapat ia tidak mencukupi untuk melangsungkan kehidupan.

Menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, terdapat beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh KWSP . Antaranya adalah :

1. Polisi ‘one size fits all’ atau ‘satu saiz muat untuk semua’ tidak wajar diaplikasikan, sebaliknya harus dibenarkan had pengeluaran dengan kadar lebih tinggi sehingga sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000 kepada pencarum yang ada baki simpanan RM100,000.

2. Benarkan pengeluaran secara ‘lump-sum’ RM5,000 berbanding pengeluaran berkala setiap bulan. Kaedah begini memberi lebih ruang untuk rakyat merancang sendiri dengan terbaik bagaimana simpanan mereka dapat dibelanjakan.’

3. Jika masih mahu berkala, pastikan bayaran pertama lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya. Sebagai contoh، sekurang-kurangnya RM2,000 bayaran pertama dibenarkan bagi membantu rakyat yang punya komitmen tertunggak bahkan amat terdesak kerana keadaan mereka lebih parah berbanding PKP 1.0 dahulu.

4. Benarkan akses ke Akaun 1 berbanding kaedah mengutamakan penggunaan Akaun 2 KWSP.

5. Permudahkan dan percepatkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui proses permohonan dan kelulusan yang panjang. Sebaik-baiknya 17 Julai ini proses pengeluaran pertama dibuat secara automatik bagi mereka yang berhajat.

Menurut beliau lagi,  golongan M40 yang mempunyai simpanan lebih RM100,000 amat terkesan kerana rata-rata mempunyai komitmen jauh lebih besar daripada B40, namun mengalami nasib serupa dengan pendapatan terjejas akibat terkurung tiga bulan.

Kredit foto: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Mon, 22 Nov 2021

“Kita Tak Boleh Jadi Pelakon Hebat Dalam Masa 7 Hari” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon tersohor Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 59, berharap generasi pelapis dalam dunia hiburan mempunyai sikap menghormati ilmu untuk sekiranya mahu bergelar bintang seni yang mempunyai kualiti. Bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari

Featured Fri, 7 Apr 2023

“I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

Alhamdulillah benda baik buat apa nak tangguh lagi kan?

Trending Tue, 23 Jun 2020

Senarai Bantuan Khas Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19, Cara Mohon Bantuan

Ramai yang tak tahu sebenanrya korang boleh mohon banyak bantuan. Jom tengok!

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

‘Terima Kasih Suami’, Mawar Rashid Syukur Hajat Akhirnya Tertunai

Ini menjadi salah satu kenangan terbaik dan tidak dapat saya lupakan…

Featured Thu, 9 Jun 2022

| Live TV

error: Content is protected !!