OMG By: Fatin Nurain June 13, 2022 @ 12:44pm

Waris Mangsa Kes Bunuh Kesal, Anak Sosilawati Lawiya Anggap Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Tidak Wajar

Biarpun pemansuhan hukuman mati mandatori untuk 12 jenis kesalahan jenayah, termasuk membunuh telah dilakukan oleh kerajaan Jumaat lalu, namun keputusan itu menimbulkan dilema dan rasa kesal buat keluarga mangsa kes pembunuhan.

Malah, mereka turut mengharapkan penjenayah yang bertanggung jawab melakukan perbuatan itu dikenakan hukuman sewajarnya dan setimpal.

Kini, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari pula menganggap pemansuhkan hukuman mati mandatori yang diputuskan oleh kerajaan itu tidak wajar.

Terdahulu, ibunya yang juga jutawan kosmetik, Allayarham Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan kejam pada September 2010.

Walaubagaimanapun, tiga dalang kes pembunuhan itu telah dijatuhkan hukuman mati mandatori pada 2017 selepas melalui proses perbicaraan yang mengambil masa bertahun.

“Pastinya sebagai keluarga mangsa pembunuhan kejam dan telah mendapat keputusan dari mahkamah, saya tidak bersetuju akan cadangan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori itu.

“Saya juga percaya mana-mana keluarga mangsa yang pernah mengalami situasi sama juga tidak bersetuju dengan perkara ini. Ia terlalu sukar untuk diungkap dengan perkataan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

“Hanya kami yang merasai sahaja yang faham akan kesedihan, keperitan, kesengsaraan dan trauma kesan dari kehilangan orang tersayang, apatah lagi mereka yang teraniaya dengan perbuatan kejam itu adalah tempat kami bergantung,” kata Datin Rita.

Menurut beliau, mereka yang melakukan pembunuhan kejam wajar dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka agar menjadi iktibar kepada masyarakat.

“Bagaimanapun, saya yakin pihak kerajaan sudah mengkaji terlebih dahulu cadangan pemansuhan ini sebelum ia dilaksanakan dan pastinya kerajaan mempunyai alasan tersendiri.

“Jenayah tetap akan wujud dalam apa keadaan sekalipun, namun ia akan lebih meruncing sekiranya hukuman yang dikenakan tidak setimpal dan tidak menggerunkan mereka yang berhasrat melakukan sesuatu jenayah,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan meneliti dan memperhalusi keperluan untuk mengekalkan hukuman mati mandatori untuk beberapa kes jenayah, terutama jenayah membunuh.

“Sekiranya undang-undang baharu dilaksanakan kelak dan hukuman mati mandatori tidak lagi dilaksanakan, saya berharap ia tidak terpakai dengan keputusan hukuman yang sudah diputuskan mahkamah sebelum ini,” katanya.

Selain Datin Rita, Zulkarnain Idros yang merupakan bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain turut tidak bersetuju pemansuhan ini dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Zulfarhan Tidak Setuju Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori, Saran Kerajaan Lakukan Undian Secara Terbuka!

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Jun 2019

‘Nak ‘Flirt’ Kena Ada Strategi’- Lelaki Ini Kongsi Tips Cari Calon Isteri Di Facebook

Moral of the story, jangan malu sangat nak mengorat tu kalau dah suka…

Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Wed, 22 Mar 2023

[VIDEO] Nasihat Para Wanita Untuk Tak Mengungkit & Ikhlas Maafkan Lelaki, Netizen Kritik Watie Hanifiah – “Belum Kena Kat Batang Hidung…”

‘Kesabaran lelaki akan tercabar kalau kita mengungkit’ – Watie Hanifiah.. Ha apa pendapat korang?

Hiburan Tue, 11 Feb 2020

‘Ampunkan Kami’- Bawa Drama ‘Politik’ Di Pentas #AJL34 , Drama Band Mohon Maaf

Ada orang kata persembahan Drama Band okay what? Siapa makan cili, dialah rasa pedas!

Featured Wed, 26 Oct 2022
Events Fri, 29 Mar 2019

Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Hael Hussaini dan Scha Al Yahya bergandingan dalam ‘Lagu Cinta Kita’?

Hiburan Sat, 25 May 2019

Lepas Berjaya Dengan Tudung, Neelofa Buka Kafe Signature Pula!

Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Trending Thu, 11 Aug 2022

Kerja 45 Jam Seminggu Berkuat Kuasa 1 September, Usul Kerja 4 Hari Seminggu

Pindaan kerja 45 jam seminggu berkuat kuasa bermula pada 1 September.

error: Content is protected !!