Selebriti By: Dhia Iwana June 20, 2024 @ 4:37pm

“We Are Here For You…” – Puteri Sarah Titip Semangat Buat Bella Astillah

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana menitipkan semangat dan nasihat buat rakan baiknya, Bella Astillah untuk terus kuat menempuh ujian yang mendatang.

Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata itu, dia menyifatkan Bella masih dalam fasa terkejut namun sedang menyesuaikan diri dengan keadaan berlaku.

“Bella masih sedih dan dalam fasa terkejut dengan apa yang berlaku. Tetapi saya tahu dia sedang mencuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ini.

“Tambah pula, ini merupakan kali kedua kan. Jadi sebagai kawan, kita bagi semangat untuk dia teruskan hidup.

“Paling Bella sedih adalah berkenaan anak-anak, Ayden dan Ara. Tapi saya cakap pada Bella, we are here for you, if you need anything please bagitahu,” kata Sarah.

Sarah ditemui XTRA ketika Sidang Media Drama Bersiri Polis Peronda bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.

Sebelum ini, Sarah memuat naik gambar bersama Bella di laman Instagramnya dengan menulis ciapan ‘Sama-sama kita nikmati perjalananya’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Penantian 12 Tahun Berakhir, Konsert Radja Malaikat Cinta 14 Julai Depan!

Konsert yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei ini namun ditunda bagi memberi ruang serta menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum pada 9 Mei

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Featured Thu, 18 May 2023

“Dia Sihat Walafiat” – Tular Berita Kematian Suami, Isteri Toki Kesal Dengan Berita Palsu

Jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat – isteri Toki

Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat […]

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Eh…Macam Neelofa Tapi Bukan. Siapa Wanita Cantik Ini?

Sosok wajah Kylie juga bukan saja disamakan dengan Neelofa malah senyuman dan bentuk muka dikatakan mirip pelakon Fazura.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019