Featured By: Ad Ops January 17, 2020 @ 1:44pm

Tudung dUCk kena ciplak? Vivy Yusof luah perasaan sakit hati

Siapa tidak kecewa apabila usaha keras dilakukan untuk menaikkan perniagaan yang diusahakan diciplak atau ditiru oleh pihak lain. Perkara ini berlaku kepada usahawan berjaya iaitu pengasas jenama Fashion Valet, Datin Vivy Sofinas Yusof yang meluahkan rasa kecewa apabila jenama tudung miliknya, dUCk diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sakitnya hati, sampai rasa tak nak pegang benda ni,” itu reaksi Vivy menerusi video yang dikongsikan di laman YouTube miliknya bertajuk, ‘Unboxing Fake dUCks- Vivy Yusof’.

“Saya dapat hadiah ini daripada ayah saya dan ia merupakan hadiah yang paling tidak dapat dilupakan oleh saya.”

Menurut Vivy lagi, tudung-tudung tersebut dibeli oleh kawan ayahnya ketika di Vietnam dan paling mengejutkan, pembelian tudung tersebut turut didatangkan dengan kad perniagaan dipercayai individu yang menjual tudung berkenaan. Wah, beraninya!

Menerusi video berkenaan, Vivy turut berkongsi perbezaan antara tudung asli keluaran syarikatnya dengan tudung yang palsu. Dari segi pembungkusan, pelanggan yang membeli tudung asli jenama dUCk akan menerima kotak, riben, kad nota ilustrasi, kertas pembalut serta aksesori anting-anting eksklusif.

Sebaliknya dengan tudung palsu yang dijual di Vietnam, kotak plastik putih lut sinar digunakan sebagai pembungkus manakala aksesori anting-anting yang didatangkan sekali menggunakan material yang sangat murah dan ringan.

Dari segi fabrik pula, material kainnya agak tebal dan warna juga tidak sama berbanding tudung asli yang mempunyai material sutera yang lembut. Menerusi video tersebut, Vivy turut berkongsi tudung palsu tersebut dijual dengan harga RM20.

Koleksi lain yang turut menjadi mangsa ciplak ialah koleksi pleated, Lattice dan juga telekung.

“Kami amat menitik beratkan kualiti pada produk kami, apabila jadi begini, ia bukan sahaja sangat melukakan hati saya, tapi saya percaya seluruh team saya yang selama ini bekerja keras untuk menghasilkan koleksi dUCk juga turut kecewa dan terkesan,” tutur Vivy sambil mengharapkan sokongan daripada semua agar tidak menyokong produk tiruan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Tue, 26 Dec 2023

Kes Amang Seksual: PU Azman Diarah Bela Diri

Semoga kes ini diadili dengan baik dan telus

Selebriti Wed, 6 Sep 2023

“It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’

Alhamdulillah Tahniah! Semoga dipermudah urusan bersalin Izara 🫶

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).