Trending By: Padin November 4, 2021 @ 2:53pm

Tuju Tutup Kalendar Seni 2021 Dengan Khayalan

Sebagai penutup kalendar seni pada tahun 2021, anggota kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenarnya, Azree Zamree melancarkan single solo terbaharunya yang berjudul Khayalan.

Khayalan merupakan ciptaan bersama Tuju dengan penerbit muzik dan pencipta lagu yang meningkat naik, Mingaling dari kumpulan hip hop MassMusic.

Lirik single yang ditulis oleh Tuju ini menceritakan tentang kehidupan dalam khayalan.

Khayalan adalah lagu tentang seseorang yang terleka dalam kehidupan, khayal, cerita tentang bintang yang hilang ditelan oleh awan malam.

Jelas Tuju, lagu ini adalah tentang seorang lelaki yang telah berlaku curang terhadap perempuan yang terlalu istimewa dalam hidupnya.

“Lelaki tersebut hilang dengan perbuatan dirinya sendiri, sudah terjatuh dan terduduk barulah tersedar dengan apa yang dia lakukan.

“Dia ingin berhenti dan bangun dari mimpi seram yang membuat dia hilang. Lelaki ini merayu untuk peluang, peluang terakhir untuk menjalani balik kehidupan dengan lebih baik dan belajar dari kesilapan yang sangat besar yang menghancurkan lebih dari separuh dirinya,” katanya.

Pada Februari yang lepas, Tuju melancarkan single solo pertamanya bersama Black Hat Cat Records yang berjudul Jiwa Pusing.

Selain daripada beraksi solo dan bersama K-Clique, Tuju turut beraksi secara duo dengan isterinya penyanyi rap wanita Loca dibawah nama pentas Tujuloca, sehingga kini Tujuloca pernah menghasilkan tiga single seperti Naluri, Empati dan Bintang.

Khayalan merupakan terbitan Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 Oktober lepas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Trending Sun, 24 Apr 2022

Nelayan Warga Asing Ceroboh Perairan Negara, RM2 Juta Hasil Laut dan Diesel Dirampas

Hasil laut,diesel RM2 juta dirampas, nelayan warga asing ditahan.

Featured Sat, 15 Sep 2018

Tengku Permaisuri Selangor Zahirkan Perasaan Dukacita Insiden Zalimi Haiwan

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mahu dua suspek membunuh kucing mendapat hukuman yang setimpal.

Featured Wed, 22 Nov 2023
Trending Tue, 27 Mar 2018

为稳定薪水做无聊工作?放弃「这些」迎接精彩人生

你总是幻想着要有多多姿的人生,却始终不知道该如何前进?美国作家兼广播节目主持人Srinivas Rao建议大家要放下5件事,才能够迎来「与众不同」的精彩人生,值得好好深思。

Featured Tue, 30 Aug 2022

Tarikh Nikah Makin Hampir, Netizen Minta Shahir Zawawi Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?

Alamak, ni apa kes? Betul ke Shahir berhutang sampai 4 ribu? 🤯😣