Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Trending By: tex_admin September 19, 2018 @ 6:00pm

‘Tun’ Dan ‘Mahathir’ Pilihan Paling Popular Untuk Nama Anak Tahun Ini

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, kemasyhuran nama seseorang tokoh semasa menjadi salah satu faktor pemilihan nama seseorang anak oleh ibu bapa untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN). 

Ini kerana, nama seperti ‘Tun’ dan ‘Mahathir’ antara nama popular yang direkodkan oleh JPN iaitu seramai 4,726 orang untuk nama Tun manakala Mahathir seramai 420 orang.

Penulis rasa, ibu bapa tersebut menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola di samping mahukan anak mereka mengikuti jejak langkahnya.

Foto: Buletin Dunia

Bagaimanapun, pihak JPN menyatakan bahawa penggunaan nama Tun ketika ini hanya dibenarkan kepada mereka yang ada keturunan Tun sahaja dan berbeza dengan keadaan sebelum ini yang boleh digunakan tanpa mengira keturunan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pemilihan nama lain yang menjadi pilihan ibu bapa. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, berdasarkan rekod jabatan itu, orang yang bernama ‘Malaysia’ juga mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu seramai 129 orang manakala nama ‘Merdeka’ seramai 102 orang.

Menurutnya lagi, pemilihan nama oleh ibu bapa banyak dipengaruhi keadaan dan faktor semasa seperti politik, sukan, hiburan mahupun peristiwa penting yang berlaku semasa bayi tersebut dilahirkan. Ibu bapa juga harus peka terhadap beberapa standard yang telah ditetapkan oleh pihak JPN sebelum memberi nama anak.

“Pihak JPN mempunyai beberapa standard yang perlu dipatuhi sebelum pihak ibu bapa memberi nama kepada JPN khasnya dari segi maksud kerana sesetengah nama memberi makna yang berbeza kepada sesuatu kaum.

“JPN tidak menghalang nak letak nama apa pun, namun jika nama tersebut boleh memberi kesan kepada penama, JPN akan berikan cadangan nama lain yang sesuai,” kata Jasri Kasim kepada Bernama.

Foto: SirapLimau

Selain itu, nama negeri turut menjadi pilihan seperti Sabah iaitu seramai 176 orang, Johor seramai 163 orang, Perak seramai 130 orang, Melaka seramai 91 orang dan Kedah seramai 60 orang.

Turut popular adalah nama Pahang iaitu seramai 37 orang, Sarawak seramai 12 orang, Labuan seramai 8 orang, Perlis seramai 7 orang, Putrajaya seramai 5 orang, Selangor seramai 3 orang, Kelantan seramai 2 orang dan Pulau Pinang hanya 1 orang. Manakala nama Terengganu masih belum ada dalam rekod JPN setakat ini.

Unik-unik nama yang diberikan pada anak mereka. Mungkin para ibu bapa terlalu menzahirkan rasa cinta mereka terhadap negeri kelahiran mereka?

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Sep 2018

「这笑声有毒」看着看着也不自觉地笑了!

喜欢小孩吗?是否也曾经羡慕小孩呢?他们的无忧无虑、很容易满足、容易因为一点小事就开心地大笑、因为一点小事就开心一整天。

Trending Thu, 24 Jan 2019

Kerajaan benarkan syarikat bas naikkan tambang sebanyak 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Jika anda merancang untuk beli tiket balik kampung, jangan terkejut.

Trending Tue, 25 Feb 2020
Featured Sun, 19 Apr 2020
Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Thu, 9 Jan 2020
Trending Thu, 16 Apr 2020
Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

| Live TV